• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jannarelly Design-1 - Roadster Gaya Retro dengan Ciri Bumbung Cengkerang Terbuka

Jannarelly Design-1 - Roadster Gaya Retro dengan Ciri Bumbung Cengkerang Terbuka

February 11, 2017 By Han Othman 1 Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAYANGKAN anda diberikan peluang merekabentuk sebuah kereta hiper bernilai jutaan ringgit, apakah yang mahu anda lakukan?

Bagi Anthony Jannarelly, pereka utama di sebalik rekabentuk radikal model seperti Fenyr SuperSport, Lykan HyperSport, dan Zarooq Sandracer, inilah kereta sport dengan bumbung cengkerang boleh buka.

Dipanggil Design-1, model roadster gaya retro ini diilhamkan daripada rekabentuk jentera terbaik era 1960-an. Namun, pemilik akan nampak lebih kool jika menempah versi coupe kerana ditawarkan bumbung cengkerang flip-depan.

BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

ROADSTER CIRI SELESA

Walaupun lain daripada lain, tetapi timbul pula persoalan mengenai praktikaliti untuk akses masuk-keluar. Apa jadi kalau hari hujan?  Namun, jika mengambil kira kereta konsep sama untuk membuka bonet, semestinya nampak lebih kool berbanding kereta bonet biasa. Design-1 lebih ranggi dan canggih dengan bumbung cengkerang.

Design-1 bukanlah jentera berstatus 'gergasi', tetapi boleh dimuatkan dengan apa saja enjin yang anda suka. Bagaimanapun, ruang enjin direka untuk menampung enjin V6 dengan kuasa sekurang-kurangnya 300hp. Struktur binaan ringan membolehkan kereya sport ini memecut 0-100kmj dalam masa kurang 4 saat jika menggunakan jenis enjin seperti disarankan.

Harga Roadster ini bermula pada AS$84,000 (RM372,860), manakala bumbung keras bermula AS$95,000 (RM4216,870). Anda boleh membeli atau mengimport terus dari Amerika Syarikat sebagai kereta komponen.

Jika mengambil kira status kereta yang cuma dihasilkan dalam jumlah kecil dan kereta sport butik, terutama mereka yang tahu menilai, harga yang diberikan nyata berbaloi dan munasabah. Bagaimanakah harga versi bumbung cengkerang? Adakah mencecah angka AS$100,000 (RM443,880)?

SUMBER: RoadandTrack

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Anthony Jannarelly, bumbung cengkerang, bumbung keras, Design-1, Kereta, Kereta Sport, roadster, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my