• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Maksud Piawaian 'EN' dan 'CE' untuk Sarung Tangan Motosikal?

#TahukahAnda: Apakah Maksud Piawaian 'EN' dan 'CE' untuk Sarung Tangan Motosikal?

November 28, 2022 By Wahid Leave a Comment

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN helmet, sarung tangan motosikal juga memiliki piawaian keselamatan ditetapkan. Sarung tangan dianggap sebagai barangan perlindungan peribadi (Personal Protective Equipment, PPE) di bawah standard EN/CE dengan label kod tersendiri.

Sila rujuk gambarajah di bawah mengenai kod piawaian sarung tangan motosikal:

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Piawaian Baharu UNECE R22.06 untuk Helmet? Apa Berbeza?

EN13594:2015

motorcycle-gloves-standard
Slide1
  • Simbol penunggang dengan dua roda bermaksud sarung tangan ini adalah untuk kegunaan menunggang, dan bukan untuk berbasikal, memandu kereta, atau bercucuk tanam.
  • Tanda 'KP' dalam kotak bermaksud 'Knuckle Protection' (perlindungan buku lima), iaitu sarung tangan tersebut menawarkan perlindungan pada buku lima penunggang. Ingat, bukan semua sarung tangan mempunyai pelindung buku lima dengan penarafan 'KP'.

  • Mengenai tahap perlindungan. Sarung tangan Tahap 1 ialah tahap perlindungan normal yang sering terdapat pada sarung tangan untuk tunggangan atas jalan raya biasa. Tahap 2 pula memberikan tahap perlindungan lebih tinggi dan biasanya terdapat pada sarung tangan untuk berlumba.
  • Jadi, anda hendaklah mengetahui sendiri tahap perlindungan diperlukan mengikut situasi tunggangan, terutama jika menunggang di litar.
  • Ini kerana ada sarung tangan yang nampak seperti jenis lumba tetapi cuma 'sport' utnuk kegunaan atas jalan raya biasa sahaja.
  • Lagi, sarung tangan dengan perlindungan Tahap 1 juga lebih lembut daripada Tahap 2 yang lebih keras.
  • Piawaian CE dan tahun piawaian juga diubah. Bagaimanapun, nombor tahun (contoh '2015' di atas) tidak bermaksud tahun sarung tangan itu dibuat.

Setiap sarung tangan dengan label CE sudah menjalani pelbagai ujian sebelum pengesahan, dan bukan diberikan sesuka hati. Bukan semua sarung tangan ada label CE yang diiktiraf banyak negara dunia.

Memang ada sarung tangan 'copy ori' dengan tanda CE, termasuk buku kecil mengenainya, tetapi anda boleh bertanya kepada pengimpot rasmi sama ada ia produk tulen atau sebaliknya sebelum membeli.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Kod IP Kalis Habuk, Air untuk Produk?
BACA >>> BMW R 1250 RS (2023) Lancar dengan Ciri Standard Diperbaharui

Related

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Autotainment, Roda2 Tagged With: aksesori, autotainment, Personal Protective Equipment (PPE), Piawaian Sarung Tangan Motosikal, Sarung Tangan Motosikal, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev