SKUTER padok, Yamaha Giggle yang pernah digunakan legenda MotoGP, Valentino Rossi berjaya dilelong pada harga €17,000 (RM80,400), dan hasil jualan itu akan disumbangkan sepenuhnya kepada sebuah badan kebajikan Itali.
Sesi lelongan itu adalah sebahagian acara Minardy Day yang menumpukan kepada pameran memorabilia sukan permotoran dua roda dan empat roda untuk sumbangan badan kebajikan kanak-kanak autisme di Itali, Medea La Nostra Famiglia.
BACA >>> Yamaha Mio M3 125 (2022) Perkenal 4 Warna Baharu Lebih Muda, Trendy
Dalam era moden sukan lumba Grand Prix, tiada bintang lain sehebat Rossi yang mampu menambat hati jutaan peminat dunia. Jadi tidak hairan skuter itu meraih harga setinggi itu walaupun harga sasaran awal adalah sekitar €12,000 (RM53,890) hingga €15,000 (RM67,360), manakala harga asal cuma kira-kira £1,500 (RM7,790) dan £2,500 (RM12,980).
Sebelum ini, jentera lumba Rossi, Ducati GP11 pernah dilelong setinggi €245,700 (RM1.16 juta)!
BACA >>> Skuter Yamaha Giggle Milik Rossi Mahu Dilelong! Harga Dijangka Cecah Lebih RM50k!
BACA >>> Replika Mirip YZR-M1 Rossi Bersama Petronas SRT Bakal Dilelong, Harga Dijangka RM347k!
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply