NI Hsin EV Tech memperkenalkan dua model skuter elektrik siri Tailg Ebixon untuk kegunaan segmen berbeza di Malaysia. Kedua-dua model itu ialah produk separa pemasangan tempatan (SKD) dari kilang di Seri Kembangan, Selangor.
Secara am, dua model itu dihasilkan pihak Dongguan Tailing Motor Vehicle Co Ltd (TAILG) yang juga pengeluar tiga teratas di China. NI Hsin EV Tech akan memasang komponen diterima dan memastikan produk dikeluarkan memenuhi piawaian Malaysia.
BACA >>> Skuter Elektrik Anak Syarikat CFMoto, Zeeho Magnet Debut di EICMA 2022
Model Tailg Ebixon Bold adalah untuk segmen persendirian, manakala Tailg Ebixon Torq menumpukan penggunaan komersial. Berikut perincian dua model berkenaan:
Tailg Ebixon Bold
- Tiga warna pilihan: merah, biru dan hitam.
- Harga jualan bermula RM9,000
- Sistem LED untuk lampu depan, dan lampu belakang, manakala lampu signal belok jenis mentol.
- Sistem brek cakera di depan dan belakang
- Panel meter digital.
- Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absober (belakang).
- Rim depan 13 inci dengan tayar 130/60, manakala rim belakang 12 inci dengan tayar 120/70.
- Menggunakan unit motor elektrik brushless 72V 1500w yang menawarkan tork 35Nm.
- Menawarkan kelajuan maksimum 70kmj dengan jarak tunggangan 120km, manakala sudut mendaki 20º.
- Bateri litium-ion 72V 22Ah (dua unit) seberat 11kg dengan waranti 1,000 kitaran.
- Boleh dicas menggunakan soket tiga pin yang mengambil masa dua hingga lapan jam.
- Dimensi panjang 1,900mm, lebar 710mm, tinggi 1,165mm dan berat 91kg (berat bateri 11kg). Berat muatan maksimum termasuk penunggang dan pembonceng, ialah 252kg.
BACA >>> Kawasaki Jual Motosikal Elektrik Tahun Depan, Hibrid Mula 2024, Model Hidrogen Bakal Tiba!
BACA >>> Skuter Elektrik E01 Muncul di Karnival Yamaha GenBlu 2022
Tailg Ebixon Torq
- Dua warna pilihan: biru dan hitam.
- Harga jualan bermula RM14,888.
- Pelana tunggal, ruang belakang ada rak lebar untuk memasang kotak simpanan yang dijual berasingan.
- Fork teleskopik, set dwi-absober belakang. Sistem brek cakera pada kedua-dua roda.
- Rim aloi 12 inci dengan tayar 90/90 depan, 110/70 belakang.
- Unit motor brushless 72V 5000w, menawarkan tork 74Nm.
- Bateri litium ion 72A 50Ah (2 unit) dengan jaminan 1,000 kitaran. Boleh dicas guna soket 3 pin. Masa pengecasan 2 hingga 8 jam.
- Kelajuan maksimum 90kmj dengan jarak tunggangan maksimum 200km, sudut pendakian 15 darjah.
- Dimensi panjang 1,883mm, lebar 687mm, tinggi 1,112mm dan berat skuter 85kg, serta mampu membawa muatan 233kg.
Pengarah Urusan Ni Hsin EV Tech, Khoo Chee Kong berkata;
Sasaran kami adalah menjual 15,000 unit motosikal EV Tailg EBIXON setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang meliputi rantau Asia Pasifik. Kami sedang berunding dengan beberapa organisasi, agensi berkaitan Kerajaan (GLC), agensi Kerajaan dan peniaga untuk mempromosikan, memasarkan dan mengedarkan motosikal EV kami di rantau ini.
"Model perniagaan kami melibatkan modul jualan langsung dan sewa milik kepada perniagaan serta pengguna."
BACA >>> Skuter EV dari China, Sunra Miku Super (2022) Lancar di Eropah, Harga RM20k!
BACA >>> Proton Mahu Hasilkan Kenderaan EV Sendiri Bermula 2027, Saga Jadi Model Pertama?
BACA >>> Kes Kebakaran: India Minta Pengeluar Tangguh Lancar Skuter, Motor EV Tahun Ini
BACA >>> Honda Dedah Strategi Lancar 10 Model Motosikal, Skuter Elektrik Menjelang 2025
Leave a Reply