• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bapa, Anak Perempuan Maut Wira Hilang Kawalan Langgar Vios di PLUS

Bapa, Anak Perempuan Maut Wira Hilang Kawalan Langgar Vios di PLUS

November 22, 2022 By Farah Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala enam mangsa lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM452 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Rawang, Selangor, awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 2.29 pagi melibatkan Proton Wira dan Toyota Vios.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Wira hilang kawalan dan berlanggar dengan Vios yang tidak sempat mengelak.

Impak perlanggaran menyebabkan dua mangsa meninggal dunia, iaitu seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan, manakala dua lagi mangsa, masing-masing wanita, parah, dan empat lagi mangsa cedera ringan.

Seramai 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dan BBP Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian. Difahamkan, semua mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba. Mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Dalam laporan terbaharu, mangsa yang meninggal dunia ialah bapa, Mat Zaki Mahmud, 48, dan anak perempuannya, Mya Zaratul Nuraishah, 13.

BACA>>> Lawak!!! Pulas Terotel Sampai Berasap, Sekali Enjin Mati Daa...
BACA>>>
Nahas Konvoi, Penunggang, Pembonceng Maut di PD

SUMBER: HMetro

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Berita, kemalangan, kemalangan maut, kemalangan PLUS, Lebuhraya PLUS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my