• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MRT Uji Laluan Putrajaya Fasa 2 Bulan Depan

MRT Uji Laluan Putrajaya Fasa 2 Bulan Depan

November 21, 2022 By Han Othman Leave a Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAPID Rail Sdn Bhd
bersama MRT Corp dan pihak kontraktor bakal menjalankan sesi ujian percubaan akhir operasi transit aliran massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa 2 sebelum beroperasi sepenuhnya.

Sesi ujian berkenaan membabitkan operasi tren ujian dari Stesen Putrajaya Sentral hingga Stesen Kwasa Damansara bermula 22 hingga 18 Disember depan.

BACA >>> Peta Laluan MRT3 Didedahkan, Bakal Atasi Masalah Pengangkutan Awam Lembah Klang

Menurut Rapid Rail, tren ujian akan berhenti di semua stesen MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 tanpa mengambil penumpang. Ketika sesi ujian percubaan akhir operasi dijalankan, kekerapan operasi tren MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 juga akan berubah kepada 8 minit pada waktu puncak pagi dan petang (7 pagi-9.30 pagi dan 5petang-7.30 malam) dan 12 minit di luar waktu puncak.

Ujian percubaan akhir itu adalah salah satu prasyarat ditetapkan untuk mengukur dan menguji keberkesanan sistem sebelum kelulusan dapat diberikan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum pengoperasian penuh MRT Laluan Putrajaya.

Hebahan sudah dipaparkan dan pengumuman juga dibuat di stesen, termasuk pemasangan notis pada pintu tren ujian bagi untuk makluman pengguna. Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03-78852585.

BACA >>> MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen
BACA >>> Fasa Dua MRT Putrajaya 93 Peratus Siap, Dijangka Operasi Januari 2023

SUMBER: HMetro

Related

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), APAD, Auto Terkini, MRT Corp, MRT Laluan Putrajaya Fasa 1, MRT Laluan Putrajaya Fasa 2, Rapid KL, RAPID Rail Sdn Bhd, Stesen Kwasa Damansara, Stesen Putrajaya Sentral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my