• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Selamat Tinggal, Acura NSX Type S Terakhir Siap Dipasang di Amerika

Selamat Tinggal, Acura NSX Type S Terakhir Siap Dipasang di Amerika

November 21, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA model ikonik dunia ialah Honda dan Acura NSX yang mula dikeluarkan pada 1990. Model ini begitu hebat hingga dijadikan ilham pereka tersohor, Gordon Murray untuk McLaren F1.

Ini kerana individu di sebalik NSX juga bukan calang-calang. Antaranya, pelumba Formula Satu (F1), Satoru Nakajima dan juara F1 sepanjang zaman, Ayrton Senna.

BACA >>> McLaren Senna GTR yang Bagaikan Sirih Pulang ke Gagang, dan Sudah Pun Habis Dijual

Honda NSX generasi pertama berada lama di pasaran dalam beberapa varian dan edisi termasuk versi dipertingkat (facelift) pada 2001 sebelum ditamatkan pengeluaran pada 2005. NSX generasi kedua pula diperkenalkan pada selang tempoh lama, iaitu pada 2012 selepas beberapa siri model konsep ditayangkan.

Model ditayangkan  itu masih dalam bentuk konsep dan pada 2015 barulah model pengeluaran sebenar dilancarkan.

Bagi model generasi kedua, Honda mengambil langkah berbeza apabila memperkenalkan enjin 3.5L V6 turbo kembar dengan tiga motor elektrik yang menjadikan ia sebuah model hibrid. Pakej kuasa itu menghasilkan 573hp dan tork 645Nm.

Antara tradisi Honda NSX ialah model prestasi tinggi R, atau Type S daripada Acura. Inilah dibuat apabila Acura NSX Type S diperkenalkan pada Ogos 2021. Acura NSX Type S  hadir dalam pakej aerodinamik berbeza dengan kuasa lebih tinggi, 600hp dan 667Nm hasil daripada beberapa komponen seperti injektor dan intercooler baharu.

Pengecas turbo digunakan pula sama seperti model lumba Honda NSX GT3 Evo dengan komponen elektrik dipertingkat.

Pengenalan model itu juga menjadi tanda berakhir Honda NSX generasi kedua dengan 300 unit dibuat untuk pasaran Amerika Syarikat (AS), manakala baki 50 unit untuk negara luar.

Selepas enam tahun, Honda NSX secara rasmi ditamatkan apabila Acura NSX Type S bernombor 350 siap dipasang di Pusat Pengeluaran Prestasi (PMC) di Marysville, Ohio, AS.

Selamat tinggal Honda NSX! Masih ada lagi semangat NSX dibawa yang mana kakitangan berkemahiran tinggi kini memulakan pemasangan Acura TLX Type S PMC Edition yang juga dikeluarkan dalam unit terhad. Model itu ditawarkan dalam tiga warna seperti NSX, iaitu Curva Red, 130R White dan Long Beach Blue ysng setiap satu dikeluarkan 100 unit sahaja.

BACA >>> Acura Integra (2023) Ditawar di AS dengan Opsyen Gear Manual, Harga Mula RM126k
BACA >>> Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura

Acura NSX Type S #350/350 dan TLX Type S PMC Edition
Acura NSX Type S 350.01
Acura NSX Type S 350.03
Acura NSX Type S 350.02
Acura TLX Type S PMC 2023.02
Acura TLX Type S PMC 2023.01
Acura NSX Type S
Acura NSX Type S 2022.01
Acura NSX Type S 2022.02
Acura NSX Type S 2022.04
Acura NSX Type S 2022.06
Acura NSX Type S 2022.07
Acura NSX Type S 2022.08
Acura NSX Type S 2022.09

Related

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Acura, Acura NSX, Acura NSX Type S, Acura NSX Type S 350, Gordon Murray, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev