• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan AS Tawar Insentif Menarik untuk Ajak Ramai Beli LEAF, Ariya

Nissan AS Tawar Insentif Menarik untuk Ajak Ramai Beli LEAF, Ariya

November 17, 2022 By Shawkath Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN di Pameran Auto Los  Angeles mengumumkan inisiatif baharu yang pasti menarik minat dan memberi keyakinan kepada pelanggan untuk beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV).

Program dipanggil EV Carefree+ itu terdiri daripada empat perkara utama seperti berikut:

1. Bantuan Mengecas (Charging Assistance)

  • Bantuan pengecasan percuma untuk semua pelanggan Nissan.
    • Pembeli Nissan LEAF akan menerima kredit pengecasan AS$100 (RM455) untuk menggunakan rangkaian stesen pengecas awam EVgo.
    • Pembeli Nissan Ariya mendapat tempoh pengecasan percuma selama setahun tanpa had di rangkaian EVgo.
  • Nissan memiliki rangkaian pengedar dengan stesen pengecas pantas terbesar di Amerika Syarikat. Nissan sedang bekerjasama dengan Wallbox untuk menawarkan solusi pengecasan di rumah untuk pembeli dengan menawarkan skim pajakan EV.

2. Termasuk Penyelenggaraan (Included Maintenance)

  • Semua penyenggaraan berjadual EV adalah PERCUMA untuk tiga tahun atau 36,000 batu (~60,000km).
  • Semua servis dilakukan juruteknik terlatih Nissan di pusat pengedar EV bertauliah.
  • Ada pelan perlindungan tayar untuk memberikan perlindungan kepada pelanggan jika tayar bocor.

3. Jaminan Kesihatan Bateri (Battery Health Assurance)

  • Setiap produk EV Nissan akan mendapat perlindungan waranti 8 tahun atau jarak perbatuan 100,000 batu (160,000km).
  • Pelanggan boleh meminta pemeriksaan multipoin menyeluruh EV.

4. Bantuan Jalanan 24 jam seminggu (24/7 Roadside Assistance)

  • Termasuk kenderaan habis bateri yang boleh ditunda ke pusat pengedar Nissan terdekat, lokasi stesen pengecasan atau kediaman pemilik, tetapi cuma untuk pemilikan bawah 36,000 batu (~60,000km).

BACA >>> Nissan Perkenal Logo Baharu Selepas 20 Tahun, Ariya Jadi Model Pertama
BACA >>> Nissan LEAF Autech (2022), EV Sporty Mewah pada Harga Mula RM135k
BACA >>> Menteri Guna Kereta Elektrik Tahun Depan?
BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!

SUMBER: CarScoops

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: EV Carefree+, EVgo, Kenderaan Elektrik (EV), Nissan, Nissan Ariya, Nissan LEAF, Pameran Auto Los Angeles, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev