• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 30 Unit Honda CBR1000RR-R Fireblade Edisi Khas untuk Peminat Jaguh Lumba TT

30 Unit Honda CBR1000RR-R Fireblade Edisi Khas untuk Peminat Jaguh Lumba TT

November 21, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA perlumbaan paling mencabar dunia ialah Isle of Man TT. Perlumbaan atas jalan raya biasa dengan kediaman orang ramai di kiri dan kanan trek benar-benar menguji skil seseorang pelumba.

Dalam perlumbaan itu, John McGuinness MBE boleh dianggap sebagai 'otai' kerana banyak menunggang jentera Honda. Jadi, sempena meraikan penyertaannya kali ke-100 tahun ini, dan ulang tahun Fireblade yang ke-30, Honda United Kingdom (UK) mengeluarkan 30 unit model edisi khas John McGuinness 100th Start Replica CBR1000RR-R Fireblade SP (2023).

Motosikal istimewa itu dibina berasaskan model 30th Anniversary CBR1000RR-R Fireblade SP dengan ciri khas seperti animasi Ring of Fire pada skrin, lencana 30th Anniversary pada kunci pintar dan ukiran laser pada peredam Akrapovic.

Apa istimewa John McGuinness 100th Start Replica CBR1000RR-R Fireblade SP (2023)?

  • Panel badan mendapat cat penuh replika dan perincian emas dan jalur filem yang menunjukkan penyertaan McGuinness dalam perlumbaan TT menggunakan jentera Honda.
  • Autograf McGuinness pada penutup kotak udara.
  • Plak nombor siri pada bar hendal.
  • Madgad depan gentian karbon Honda Accessories seberat 255 gram, yang 38 peratus lebih ringan daripada unit standard.

  • Madgad belakang gentian karbon yang 10 peratus lebih ringan.
  • Kowl pelana belakang.
  • Visor angin tinggi.
  • Tayar Metzeler Racetec RR yang dibekalkan berasingan.
  • Pelapik garaj kustom.
  • Penutup motosikal indoor Honda Accessories.
  • Kristal dengan ukiran laser tiga dimensi (3D) yang memaparkan rekabentuk motosikal John McGuinness 100th Start replica.
  • Peluang menerima serahan motosikal dari John McGuinness MBE sendiri di Honda Racing UK.

Berikut  biodata John McGuinness MBE

  • Dilahirkan pada 16 April 1972.
  • Pelumba TT kedua paling berjaya selepas mendiang Joey Dunlop.
  • Menyertai pelbagai perlumbaan seperti e Bol d’Or, Le Mans, GP 500cc, Daytona 200, World Supersport.
  • Juara perlumbaan British 250cc 1999.
  • Tempat ketiga dalam Kejuaraan Superstock British 2009.
  • Pertama kali berlumba dalam TT pada 1996 dan dianugerahkan pelumba baharu terbaik dalam kelas 250cc.
  • Juara 250cc Lightweight TT 1999.
  • Mendapat 47 podium dalam tempoh dua dekad (1999-2019) dengan 23 kali juara.
  • Pelumba pertama mencapai kelajuan 130 batu sejam (210kmj) pada 2007 dengan menunggang Honda CBR1000RR Fireblade tajaan HM Plant.

Setiap satu motosikal John McGuinness 100th Start Replica CBR1000RR-R Fireblade SP ditawarkan pada harga £30,000 (RM161,870).

BACA >>> Honda Forza 125 (2023) Muncul di Eropah dengan Varian Special Edition, Ciri Dipertingkat
BACA >>> Honda CT125 Hunter Cub (2022) Guna Enjin Baharu, Harga RM14.1k!

John McGuinness 100th Start replica CBR1000RR-R Fireblade SP.01
John McGuinness 100th Start replica CBR1000RR-R Fireblade SP.02
John McGuinness 100th Start replica CBR1000RR-R Fireblade SP.03
John McGuinness 100th Start replica CBR1000RR-R Fireblade SP.04
John McGuinness 100th Start replica CBR1000RR-R Fireblade SP.05
John McGuinness 100th Start replica CBR1000RR-R Fireblade SP.06

Related

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Honda UK, isle of man tt, John McGuinness, John McGuinness 100th Start replica CBR1000RR-R Fireblade SP, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev