• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Crossover EV Liux Animal Sepantas 200kmj, Sekali Cas Boleh Pandu Hingga 600km

Crossover EV Liux Animal Sepantas 200kmj, Sekali Cas Boleh Pandu Hingga 600km

November 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

FIRMA startup Sepanyol, Liux sudah memulakan kerja-kerja pembinaan model crossover elektrik pertama mereka yang dinamakan sebagai Animal.

Syarikat itu ditubuhkan pada Mac 2021 dan pada Disember tahun sama, mereka sudah mula membangunkan model prototaip Animal menggunakan dana pelaburan.

BACA >>> Syarikat India Cipta Helmet dengan Sistem Penapis Udara, Harga Cuma RM252

Berdasarkan laporan, 90 peratus bahan binaan Liux Animal berasaskan material kitar semula atau sumber tumbuhan.

Contohnya, aspek permukaan luaran, dalaman dan bahagian komponen pada casis dihasilkan menggunakan bio-polimer dari gentian organik dan resin. Liux menyatakan crossover itu akan memiliki ‘kulit amfibia’ yang berasaskan gabus, linen, linen diperkuat, primer dan cat.

Liux bercadang memasang motor elektrik tunggal untuk Animal (bahagian belakang) yang menawarkan kuasa 237hp. Crossover itu cuma memerlukan masa 5 saat untuk mencecah kelajuan 96kmj. Kelajuan maksimum ialah 200kmj.

Kapasiti bateri modular yang digunakan ialah 170kW dan menawarkan jarak pemanduan 600km dengan sekali cas.

Pek bateri modular itu boleh ditambah, ditukar atau dinaik taraf dengan mudah. Tiada maklumat dikongsi siapa pembekal bateri tersebut.

BACA >>> Kawasaki Jual Motosikal Elektrik Tahun Depan, Hibrid Mula 2024, Model Hidrogen Bakal Tiba!

DESAIN

Liux - 4
Liux - 0

Aspek luaran Animal bercirikan dinamik dengan penggunaan lampu utama LED, dilengkapi lampu kabus dan desain menarik di bahagian tengah hingga bampar bawah.

Animal memiliki konfigurasi empat pintu dengan set pintu belakang bukaan suicide. Lampu belakang LED jenis bar pula terbahagi dua dan ada spoiler bumbung.

Animal juga akan sarat dengan skrin paparan di dalam kabin dan menggunakan trenkuasa AI keluaran Liux serta sistem operasi Android Automotive.

BACA >>> #BikinKereta: Pikap Sunny (1987) TPC Guna Motor Elektrik Nissan LEAF!

DUA VARIAN

Liux - 7
Liux - 1

Liux sudah mengumumkan varian pertama yang dipanggil Animal Habitat Edition dengan harga serendah €39,000 (RM182,257). Tempahan sudah dibuka di laman web firma itu dan model boleh didapati pada suku pertama 2024.

Maklumat awal menyatakan, Animal Habitat Edition menjanjikan jarak pemanduan 300km dengan kelajuan maksimum 180kmj. Output trenkuasa ialah 190hp.

Varian kedua ialah Animal Wild Edition dengan harga permulaan €45,000 (RM210,651). Varian itu menawarkan kuasa 240hp, kelajuan maksimum 200kmj dengan jarak pemanduan maksimum 300km. Tambahan lain ialah sistem suspensi sport.

Ada beberapa opsyen disediakan untuk pelanggan termasuk menaik taraf jarak perjalanan dengan memilik pek empat bateri yang memberi jarak sehingga 600km (300km guna dua pek bateri).

BACA >>> Smart #1 - SUV Elektrik Pertama Kerjasama Mercedes-Geely, Bakal Diedarkan Proton?
BACA >>> Hyundai Bina Hotel Pertama Dunia Dikuasakan Kereta Elektrik!
BACA >>> Proton Mahu Hasilkan Kenderaan EV Sendiri Bermula 2027, Saga Jadi Model Pertama?

Liux - 4
Liux - 0
Liux - 2
Liux - 3
Liux - 8
Liux - 7
Liux - 1
Liux - 10
Liux - 5
Liux - 6
Liux - 9

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Crossover Electric, Liux, Liux Animal, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev