• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Trak ATM Bawa 24 Anggota Tentera ke Pusat Mengundi Terbalik, Dua Parah

Trak ATM Bawa 24 Anggota Tentera ke Pusat Mengundi Terbalik, Dua Parah

November 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa 24 anggota ke pusat pengundian awal dilaporkan terbalik di Negeri Sembilan, pagi tadi.

Insiden dilaporkan berlaku jam 11.40 pagi di Kampung Durian Daun dan 18 anggota dalam trak tersebut dirujuk ke hospital, termasuk dua mangsa ke Zon Merah Hospital Rembau untuk menerima rawatan.

BACA >>> Kereta Kebal Rosak: Tentera Darat Mohon Maaf
BACA >>> Kena Penampar Sebab Tak Bagi Duit Kopi, Anggota Polis, Tentera Hadap Saman Mahkamah

Menurut laporan, insiden membabitkan trak Regimen 11 Kor Armor Diraja Gemas yang sedang dalam perjalanan ke Port Dickson. Maklumat awal menyatakan trak itu menuju ke Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson untuk menghantar anggota tentera terlibat membuat pengundian awal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Penolong Penguasa Bomba, Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata, 18 mangsa dibawa ke hospital dan enam anggota tentera lain diberi rawatan di lokasi kemalangan.

Daripada 18 mangsa dihantar ke hospital, dua mangsa di zon merah, tujuh zon kuning dan sembilan lagi zon hijau.

“Semua mangsa dihantar menggunakan lima unit ambulans terdiri daripada dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) daripada BBP Seremban dan Tampin serta tiga lagi ambulans KKM dan APM.”

Tambahnya, enam lagi mangsa yang hanya menjalani rawatan awal di tempat kejadian diserahkan kepada pihak polis dan ATM untuk tindakan susulan.

BACA >>> Kereta Terbalik Dilanggar Alza, Suami Isteri Tenang Tenteramkan Bayi Selepas Kemalangan

trak tentera ATM terbalik di Rembau - 3
trak tentera ATM terbalik di Rembau - 2
trak tentera ATM terbalik di Rembau - 1
trak tentera ATM terbalik di Rembau - 0

SUMBER: Awani

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Auto Terkini, autoterkini, kemalangan jalan raya, Tentera Darat, Trak ATM terbalik, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev