KYMCO lebih dikenali sebagai pengeluar skuter dari Taiwan dan pernah menunjukkan minat meneroka segmen motosikal elektrik prestasi. Usaha awal diambil dengan mempamerkan prototaip SuperNEX di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018.
Selepas empat tahun berlalu, SuperNEX masih belum tersenarai dalam barisan pengeluaran, dan ramai beranggapan model konsep itu sekadar sia-sia. Namun, situasi berubah di EICMA 2022 apabila Kymco tampil memperkenalkan model konsep SuperNEX versi dipertingkat. Ya, status motosikal EV itu masih konsep!
BACA >>> Kymco F9 - Skuter Elektrik dengan Swingarm Sebelah, Cas Penuh Boleh Tunggang 120km
BACA >>> Beginikah Bunyi Ekzos Superbike EV Kymco RevoNEX Nanti?
Seperti biasa, Kymco meneruskan agenda menunjukkan spesifikasi terbaik yang dimahukan pengguna. Menarik tentang SuperNEX, motosikal elektrik itu menggunakan transmisi 6-kelajuan.
Malah Kymco turut memuatkan kesan bunyi enjin tiruan yang dimainkan menerusi pembesar suara dalam usaha menghidupkan pengalaman anda seakan menunggang motosikal konvensional.
SuperNEX tampil lebih moden menerusi rekabentuk honeycomb dengan badan dipasang fairing hitam dan aksen biru. Bar hendal diposisikan lebih rendah, manakala sistem lampu jenis LED penuh dengan panel meter TFT digital warna penuh, termasuk peg kaki untukpembonceng.
Prototaip itu dikatakan mampu memecut 0-100kmj sepantas 2.9 saat, manakala kelajuan maksimum hingga 250kmj!
SuperNEX turut dibekalkan pakej elektronik komprehensif dipanggil FEP (Full Engagement Performance) seperti Kawalan Wheelie, Kawalan Traksi dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Selekoh, serta empat mod tunggangan.
Walaupun dilengkapi naik taraf signifikan, status SuperNEX masih menjadi tanda tanya kerana Kymco belum mendedahkan tarikh pengeluaran motosikal elektrik tersebut.
BACA >>> e-Skuter Yamaha EMF (2022) Diperkenal di Taiwan dengan Bateri Boleh Ganti
BACA >>> Skuter Elektrik Anak Syarikat CFMoto, Zeeho Magnet Debut di EICMA 2022
BACA >>> Yamaha XSR700 Legacy Edition (2023) Debut di EICMA 2022
BACA >>> Italjet Dragster #e01 Electric Muncul di EICMA 2022, Lancar Tahun Depan!
SUMBER: RideApart
Leave a Reply