• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aprilia RS 660 Extrema Special Edition (2023) Kini Lebih Ringan dengan Seragam Baharu

Aprilia RS 660 Extrema Special Edition (2023) Kini Lebih Ringan dengan Seragam Baharu

November 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APRILIA menghasilkan varian sportbike edisi khas, RS 660 Extrema (2023) dengan berat keseluruhan lebih ringan dan dos prestasi dipertingkat, serta dijadualkan memasuki pasaran bermula tahun depan.

Model RS 660 mungkin kurang popular di banyak pasaran, tetapi situasi berbeza di Amerika Syarikat (AS) kerana jenama Aprilia menempah kejayaan dalam kelas Super Twins dalam siri perlumbaan MotoAmerica.

Sempena meraikan pencapaian itu, Aprilia mengenakan skema warna khas mirip bendera AS untuk Aprilia RS 660 Extrema Special Edition (2023). Nama Extrema diambil daripada model RS125R Extrema yang pernah dihasilkan pada dekad 90-an.

Berat Aprilia RS 660 Extrema Special Edition (2023) cuma 166kg yang dicapai menerusi penggunaan sistem ekzos baharu SC Project dengan peredam bunyi gentian karbon. Juga ada komponen gentian karbon lain seperti braket ekzos, madgad depan dan kowl enjin.

Model itu turut menerima kowl pelana tunggal dan opsyen tetapan ciri elektronik seperti Quick Shifter kepada paten syif lumba. Ini bermaksud paten dan arah anjakan gear boleh diubah tanpa menanggalkan sebarang komponen. Cuma perlu menala unit kawalan elektronik (ECU).

BACA >>> Aprilia RS 660 Edisi Terhad AMA (2022) Ditawarkan 1,500 Unit Sahaja, Harga RM58k!
BACA >>> Aprilia Tuono 660 (2021) Umum Harga Pasaran Malaysia, RM77.9k
BACA >>> Aprilia Tuono 660 (2021) Umum Harga Pasaran Malaysia, RM77.9k
BACA >>> QJMotor SRK600 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM35.8k!

SUMBER: VisorDown

Related

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia RS 660 Extrema (2023), Aprilia RS125R Extrema, MotoAmerica, roda2, sc project, Sportbike Middleweight, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my