KHAS buat peminat pelumba motosikal legenda, Nicky Hayden dan Red Bull Honda World Superbike Team, pasukan untuk musim perlumbaan 2017 dilancarkan di Hangar-7 di Salzburg, Austria, baru-baru ini. Bagi musim WorldSBK 2017, Nicky Hayden akan bergandingan dengan seorang lagi pelumba handalan iaitu Stefan Bradl, di mana masing-masing menunggang jentera baharu, Honda CBR1000RR Fireblade SP2.
Wakil media antarabangsa, Honda Motor Europe, penaja, rakan teknikal dan Dorna selaku penganjur WorldSBK turut hadir dalam acara tersebut yang menyaksikan usahasama menarik antara Honda dan Red Bull. Majlis turut disiarkan secara langsung menerusi laman web, RedBull Honda dan laman Facebook, HondaProRacing.
PENYERTAAN PENUH PERTAMA RED BULL
Red Bull, jenama pengeluar minuman bertenaga terkemuka dunia, dan antara pemain utama acara sukan permotoran dan aksi lasak buat pertama kali menjadi penaja pasukan World Superbike sebagai title-partner.
Nicky Hayden, yang turut menunggang untuk pasukan Red Bull semasa menjadi Juara Dunia MotoGP™ 2006 memutuskan menyertai WorldSBK buat pertama kali, tahun lalu. Pada musim itu, beliau berjaya menaiki podium sebanyak lima kali, termasuk merangkul satu kejuaraan pusingan perlumbaan.
Stefan Bradly pula ialah Juara Dunia Moto2 2011 dan atlet senior dalam program Red Bull. Beliau menunjukkan prestasi positif sepanjang musim ujian dengan jentera Fireblade dan nyata teruja dengan cabaran baharu musim ini.
NICKY HAYDEN 69
Berikut ialah ulasan Nicky Hayden mengenai musim 2017.
Tahun ini segalanya hampir baharu, bermula daripada motosikal, penaja dan rakan sepasukan. Semestinya banyak perubahan akan berlaku. Tahun ini musim kedua saya dalam World Superbike dan saya harap dapat tingkatkan prestasi berdasarkan apa yang saya capai musim lalu.
Saya sangat gembira dapat kembali bersama Red Bull, jenama yang pernah saya wakili sebelum ini. Ia peluang baik buat saya. Tahap perlumbaan semakin tinggi dan kami ada tugas besar di hadapan. Saya perhatikan semua orang bersemangat dan saya tidak sabar untuk bermula."
STEFAN BRADL 6
Berikut pula ialah ulasan Stefan Bradl mengenai penyertaan baharunya:
Saya begitu teruja untuk musim baru ini! Ia pengalaman baharu buat saya dan kejohanan yang belum pernah saya sertai. Kerjasama antara Honda dan Red Bull adalah sesuatu yang menarik, juga jenama hebat yang menyokong karier perlumbaan saya sekian lama.
Saya gembira jadi atlet Red Bull dan sangat suka apabila ia jadi rakan pasukan ini. Kami ada Fireblade baharu untuk musim ini dan perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengann jentera itu. Ini projek bagus dan kami akan berusaha langkah demi langkah untuk jadikan ia satu kejayaan."
RONALD TEN KATE - PENGURUS PASUKAN HONDA WORLD SBK
Sekarang, kita baca pula ulasan pengurus pasukan mengenai musim WorldSBK 2017:
Musim 2017 bawa bersama harapan seperti rakan baru, Red Bull dan motosikal baru, Honda CBR1000RR Fireblade SP2 serta gandingan baru, iaitu dua pelumba berbakat dan berpengalaman, Nicky Hayden dan Stefan Bradl.
Kami begitu bersemangat dengan percaturan musim ini dan komited mahu bersaing secara kompetitif untuk perlumbaan akan datang. Terima kasih kepada semua penaja, rakan-rakan dan mereka yang terlibat dalam menjadikan semua ini suatu realiti.
Saya yakin 2017 akan jadi musim baik untuk Red Bull Honda World Superbike Team."
Leave a Reply