• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

November 29, 2022 By Wahid Leave a Comment

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila mula dilancarkan pada 2013. Model lama kini tidak lagi gah seperti dulu. Kini KTM RC 390 (2022) baharu dilancarkan untuk memberikan nafas baharu kepada barisan model KTM RC.

Jika sebelum ini kami berpeluang menguji KTM RC 200 (2022) dan kagum dengan pembaharuan model baharu itu, jadi sudah pasti KTM RC 390 (2022) baharu ini akan lebih baik berbanding model terdahulu.

BACA >>> KTM RC390 Versi CBU Masuk Malaysia, Harga Cuma RM33.8k!

Pertanyaan itu terjawab apabila kami dijemput menguji sportbike tersebut pada pelancaran KTM RC 390 (2022) dan KTM 890 Duke R (2022)  peringkat Asia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Sekarang mari kita imbas semula spesifikasi  model itu:

  • Enjin silinder tunggal 373cc DOHC penyejukan cecair seperti model lama, tetapi beberapa komponen dalaman diperbaharui seperti sistem pelinciran yang kini menghasilkan kuasa 44hp @ 9,500rpm dan tork 37Nm @ 7,000rpm.
  • Frem baharu kini 1.5kg lebih ringan berbanding model lama, dengan kekerasan dan kelenturan ditala untuk prestasi lebih baik ketika mengambil selekoh.
  • Fork depan WP Apex BP (Big Piston) 43mm boleh ditala untuk redaman mampatan dan redaman lantunan.
  • Monoshock WP belakang juga ditala semula dengan piston terpisah, dan boleh dilaras prabeban dan redaman lantunan.
  • Sistem brek ByBre dipertingkat dari segi prestasi dan  kualiti. Kedua-dua brek depan dan belakang menyumbang kepada berat badan lebih ringan 960g, manakala tuil brek tangan boleh laras untuk jarak jari.
KTM RC390 Track-3
KTM RC390 Track-5
  • Rim depan dan belakang baharu 5 jejari kini lebih ringan 3.4kg yang membolehkan motosikal dimiringkan lebih cepat kerana daya giroskopik dikurangkan.
  • Hendal baharu boleh laras atas dan bawah 10mm, serta dijunamkan bahagian hujung supaya tidak lagi mendatar seperti model lama.
  • Pelana baharu dengan kusyen lebih tebal dan permukaan lapik lebih mencengkam.
  • Ergonomik dipertingkat untuk posisi tunggangan lebih baik.
  • Peg kaki lebih baik ketika mengambil selekoh.
KTM RC390 CBU (2022) - 0
KTM RC390 CBU (2022) - 1
  • Kapasiti tangki minyak 13.6 liter, lebih besar daripada model lama.
  • Didatangkan dalam dua skema warna, iaitu pasukan pengilang MotoGP pengilang (jingga-hitam), dan Red Bull (biru-jingga).
  • Panel meter TFT berwarna baharu seperti KTM 390 Duke.

PENGALAMAN MENUNGGANG

Cuaca mula hujan lebat pada awal pagi sebelum hingga ketika acara berlangsung. Namun, pihak KTM tidak dapat menangguh sesi tunggang uji kerana sesi sebelah petang sudah dikhaskan untuk pengedar.

Jadi kami terpaksa menunggang atas trek basah. Litar SIC memang terkenal sangat licin ketika basah. Malah permukaan jalan masih licin walaupun sudah mula mengering. Situasi sama juga perlu ditempuh barisan pelumba Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) ketika berlumba julung kali di SIC beberapa tahun lalu.

Tayar Continental asal sudah ditukar kepada tayar sport Metzeler Sportec M9 RR, yang sama seperti Pirelli Super Corsa. Sebagai makluman, Metzeler ialah pengeluar dari Jerman sejak 1986 dan kini menjadi subsidiari Pirelli.

Manfaat pembelian Metseler, Pirelli mendapat teknologi 'zero degree belt' yang digunakan dalam tayar Super Corsa.

Kami keluar dari pit sambil dipimpin seorang marsyalm, dan menunggang pada kelajuan selesa. Di selekoh Turn 2, saya dapati KTM RC 390 (2022) ini mampu membelok dengan mudah sekali. Tanpa menolak hendal sebelah kiri (countersteering), motosikal seakan mengikut pindahan berat badan.

Kami akhirnya dilepaskan untuk menunggang bebas selepas dipimpin dua pusingan.

Saya membuka terotel seluas yang saya berani di selekoh Turn 3 ketiga (dalam gear ketiga), dan tayar belakang langsung tidak menggelincir. Sampai DI Turn 4, saya cuba memiringkan jentera lebih dekat dengan apeks dan dapati saya mampu tambahkan lebih kelajuan.

Turn 5 diambil dalam gear kelima. Sengaja saya gunakan gear lebih tinggi walaupun pada halaju rendah supaya motosikal lebih lancar menerjah selekoh dan tidak diganggu kesan brek enjin.

Bagaimanapun, ada satu bonggolan di tengah Turn 6 yang membuatkan tayar menggelincir, tetapi apa menarik mengenai KTM RC 390 (2022) adalah berat badan ringan, dan sudut stereng yang membuatkan ia mudah dikendalikan. Apabila tayar menggelincir, saya hanya perlu tegakkan sedikit dan biarkan terotel pada posisi sama.

Sebagai makluman, kawalan traksi motosikal hanya berfungsi jika terotel dibuka dan tidak aktif jika terotel ditutup. Jika anda menutup terotel mendadak, anda sebenarnya membiarkan tayar menggelongsor lebih drastik! Anda boleh berlatih berdepan situasi tersebut dengan menunggang motosikal dirt bike (motocross).

Kami tidak dapat menunggang lebih laju di selekoh kerana sisi tayar tiada bunga yang berisiko tinggi untuk jalan licin!

Saya terpaksa memperlahankan motosikal ketika mengambil selekoh Turn 15 (selekoh terakhir) dan tidak dapat melenjan kelajuan maksimum untuk keluar selekoh. Namun panel meter di depan mata sudah terpapar 178kmj ketika tiba di papan skor 100m untuk mula membrek.

Ciri Quickshifter motosikal ini juga sangat lancar ketika menukar gear atas atau bawah. Sama seperti model KTM lain dengan ciri tersebut, sensor disorok dalam kotak gear dan tidak kelihatan dari luar.

Ciri klac antigelincir (slipper clutch) juga berkesan yang mana kami dapat menganjak gear ke bawah dengan agresif walaupun atas trek basah. Ciri ini sebenarnya berkerjasama dengan teknologi kawalan traksi KTM Traction Control (KTC), iaitu kelajuan enjin akan diligatkan supaya roda belakang tidak terkunci.

Dari segi suspensi, seperti RC200, karakter redaman fork depan bekerja dengan baik sekali. Ia tidak terlalu kasar atau lembut dan dapat memberikan fiil sempurna supaya penunggang dapat merasai situasi berlaku pada tayar depan.

Fork depan jenis boleh laras mengikut keperluan dan prioriti penunggang, manakala monoshock belakang sedikit keras untuk tunggangan atas litar basah. Namun, rakan penunggang lain yang mencuba pada sesi petang mendakwa tetapan dilakukan sudah cukup tepat. Sebelum terlupa, monoshock juga boleh dilarakan.

Akhir sekali, enjin. Enjin motosikal hari ini memiliki karakter yang lebih mudah dikendalikan dengan pikap dapat dicapai pada mana tahap ligatan rev (rpm) enjin. Ini jauh berbeza model lama kerana enjin perlu diligatkan hingga ke situasi seperti hendak pecah. Saya boleh katakan, talaan enjin baharu ini sudah seakan motosikal 500cc.

PENUTUP

Memang malang terpaksa menunggang atas trek basah kerana saya memang berhasrat mahu menguji KTM RC 390 (2022) semaksimum mungkin hingga ke tahap cecah lutut. Namun, saya rasa hanya segelintir pemilik saja yang akan menunggang motosikal ini di litar.

Ujian dalam litar basah ini bolehlah dianggap sebagai ujian realisitik untuk tunggangan harian. Apapun, saya harap dapat menguji motosikal ini sekali lagi atas trek kering.

KTM RC 390 (2022) baharu ini dijual pada harga RM33,800 (bukan harga atas jalan). Memang berbaloi, tetapi saya pula baru saja letak deposit KTM RC200. Mungkin sempat lagi tauke kedai tukar ke KTM RC390 kot. Hmm...

KTM RC390 Track-10
KTM RC390 Track-11
KTM RC390 Track-2
KTM RC390 Track-12
KTM RC390 Track-9
KTM RC390 Track-8
KTM RC390 Track-7
KTM RC390 Track-6
KTM RC390 Track-5
KTM RC390 Track-4
KTM RC390 Track-3
KTM RC390 Track-1

Related

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: KTM RC 390 (2022), KTM RC390 (2022), roda2, sportbike, Tunggang Uji, Tunggang Uji KTM RC390 (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev