APRILIA ELECTRICa ialah motosikal elektrik konsep pertama dihasilkan pengeluar dari Itali itu dan kini ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022.
Aprilia menyifatkan model konsep itu sebagai motosikal paling ideal buat penunggang baharu dan generasi muda masa depan.
BACA >>> Italjet Dragster #e01 Electric Muncul di EICMA 2022, Lancar Tahun Depan!
Sebenarnya, ini bukan mobiliti elektrik pertama Piaggio Group, yang juga syarikat induk Aprilia. Piaggio yang meneroka teknologi pendorongan elektrik sejak 1975 dan pernah menghasilkan model MP3 Hybrid (2009), iaitu skuter hibrid pertama dunia.
Projek Aprilia ELECTRICa ialah binaan ringan dan bersaiz kecil dengan rekabentuk depan tiga lampu utama, pelana rendah, bar hendal datar dan unit motor elektrik berserta pacuan rantai.
BACA >>> Kawasaki Jual Motosikal Elektrik Tahun Depan, Hibrid Mula 2024, Model Hidrogen Bakal Tiba!
Motosikal konsep itu turut dilengkapi sistem penghidup tanpa kunci (keyless), panel meter LCD berwarna, rim aloi, fork terbalik (USD) tidak boleh laras di depan, dan monoshock di belakang, manakala sistem brek jenis cakera tunggal pada kedua-dua roda.
Ada beberapa ciri bantuan penunggang disediakan, tetapi tiada perincian dikongsikan. Khabarnya, Aprilia ELECTRICa dibangunkan menggunakan platform Aprilia 660.
BACA >>> Aprilia Tuareg 660 (2022) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM75.9k!
BACA >>> Honda XL750 Transalp (2023) Lancar di EICMA 2022, Harga Kekal Misteri
BACA >>> Benelli TRK 702, 702 X (2023) Lancar di EICMA 2022 dengan Kamera Atas Paruh Fairing
SUMBER: EICMA | WebBikeWorld
Leave a Reply