• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Remaja Maut Langgar Lembu Baring Atas Jalan

Remaja Maut Langgar Lembu Baring Atas Jalan

November 11, 2022 By Farah Leave a Comment

232
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG remaja berusia 16 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar sekumpulan lembu yang berbaring atas jalan di Jalan Batang Rokan-Bukit Rokan, Tampin, Negeri Sembilan, malam tadi.

Insiden berlaku kira-kira jam 8.40 membabitkan Muhamad Idzham Hakimi Amin, 16, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, insiden berkenaan melibatkan dua penunggang motosikal. Namun, seorang lagi mangsa, iaitu rakan kepada Muhammad Idzham hanya cedera.

Sekumpulan lembu sedang berbaring atas jalan, dan kedua-dua penunggang gagal mengelak daripada terlanggar haiwan tersebut hingga menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan.

Muhamad Idzham cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya dibawa ke Klinik Kesihatan Gemencheh untuk rawatan lanjut. Kemalangan tersebut turut mengorbankan tiga lembu termasuk dua anak lembu.

Mangsa beralamat di Felda Bukit Rokan dan sedang dalam perjalanan dari Gemencheh ke Bukit Rokan. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA>>> Honda Forza 125 (2023) Muncul di Eropah dengan Varian Special Edition, Ciri Dipertingkat
BACA>>> Polis Cari 5 Marsyal Halang Lalu Lintas untuk Konvoi Lapan Kenderaan Parti Politik

SUMBER: Kosmo

Related

232
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: anak lembu, Auto Terkini, Kemalangan Langgar Lembu, kemalangan lembu, kemalangan maut, kemalangan motosikal, Penunggang Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev