PERTUBUHAN Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) merancang memperkenalkan patung baharu bagi meluaskan julat perlindungan dalam ujian kemalangan kenderaan agensi itu.
Menurut jurucakap Euro NCAP; sistem perlindungan automotif yang dibina khas untuk purata saiz kebanyakan penumpang sebenarnya tidak memberikan hasil tepat kepada mereka yang bertubuh tinggi dan rendah ketika kemalangan. Begitu juga dengan penumpang warga emas dan mempunyai berat badan berlebihan.
BACA >>> Tesla Model X Dapat Rating 5 Bintang Euro NCAP, Antara Model 2019 Paling Selamat
BACA >>> Proton X70 Raih Rating 5-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP
Justeru Euro NCAP mengesahkan akan melakukan ujian baharu dengan menambah patung bersaiz besar, atau simulasi penumpang warga emas bagi meningkatkan perlindungan ke atas semua pengguna kenderaan.
Buat masa ini, patung bersaiz paling besar digunakan Euro NCAP adalah seberat kira-kira 100kg. Bagaimanapun, pakar mendakwa beg udara dan sistem tali keledar perlu dikaji dan dibangunkan untuk memberikan perlindungan kepada penumpang dengan berat kira-kira 125kg.
Menurut Euro NCAP lagi, salah satu daripada patung baharu akan meniru tubuh wanita tua berusia 70 tahun dengan indeks berat badan (BMI) 29, manakala patung lain meniru badan lelaki 40 tahun dengan BMI 35.
Data daripada agensi keselamatan jalan raya Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) menunjukkan kira-kira 40 peratus pengguna kenderaan di AS memiliki berat bedan berlebihan dengan anggaran 79 peratus pemandu berisiko bahaya jika berlaku kemalangan.
Menurut saintis, apabila subjek mengalami impak sama, kumpulan berat badan berlebihan kurang cedera pada bahagian abdomen, tetapi mengalami kecederaan muka lebihn teruk berbanding bawah badan. Statistik sama juga menunjukkan kumpulan pemandu warga emas adalah 76 peratus lebih cenderung terbabit kemalangan berbanding pemandu muda.
Kesan beg udara yang mengembung terlalu kuat juga boleh menyebabkan kecederaan patah terhadap penumpang warga emas. Bagi penumpang tua, beg udara yang mengembung terlalu cepat dari jarak dekat boleh jadi sangat berbahaya," kata Pengarah Kajian Strategik Thatcham Research, Matthew Avery.
Menurutnya, posisi tersebut dengan kelajuan beg udara mengembung selaju 322kmj yang menyamai daya hampir satu tan, berisiko menyebabkan kecederaan patah terhadap kumpulan warga emas.
Tambahan lagi, syarikat yang menumpukan kajian patung untuk ujian perlanggaran mendakwa sistem tali keledar 3-poin yang digunakan kini mampu menyebabkan kecederaan dada teruk kepada penumpang tua. Akhbar Telegraph melaporkan, kira-kira 28 peratus orang dewasa di Britian diklasifikasikan sebagai memiliki berat badan berlebihan dengan BMI lebih 30.
BACA >>> Ujian Perlanggaran Guna Patung Dummy Gemuk, Penumpang Obes Berisiko Tinggi Maut
BACA >>> Honda HR-V, BR-V (2022) Dapat Lima Bintang dalam Ujian Asean NCAP
SUMBER: DailyMail
Leave a Reply