SELEPAS kecewa kehilangan gelaran juara dunia MotoGP 2022 kepada Francesco Bagnaia, Fabio Quartararo menjadi pelumba pertama turun ke trek di Valencia untuk melakukan ujian jentera lumba baharu, kelmarin.
Ada beberapa komponen baharu disediakan untuk jentera YZR-M1 dan tarikan utama sudah tentu naik taraf enjin yang dikhabarkan menjanjikan prestasi lebih baik berbanding ujian prototaip Yamaha 2023 di Litar Misano, September lalu.
BACA >>> Quartararo Tutup TV, Tak Sanggup Tengok Pecco Rai Kemenangan Juara GP 2022
BACA >>> Ducati Gari Ketua Mekanik Jack Miller, Siap Usung Hantar ke Garaj KTM Racing
Namun, Quartararo terkejut dan bingung selepas mendapati trenkuasa tersebut itu tidak menghasilkan kuasa seperti diharapkan berbanding enjin 2022 yang mengalami banyak isu.
Aku terkejut sebab enjin ini patut lebih laju daripada (enjin) kami uji kat Misano dan Barcelona. (tapi) Aku rasakan ini sama macam (enjin 2022) dua hari lalu (aksi akhir musim).
“Lebih-lebih lagi masa lap kelayakan. Kami bandingkan kelajuan dan memang sama. Jadi, kami nak analisis apa yang berlaku sebab kami dah buat dua ujian (Misano dan Barcelona). Selepas itu Cal (Crutchlow) pun buat ujian di Motegi dan Jerez. Mereka kata ada perbezaan (enjin baharu).
“Tapi sekarang ni, memang tak ada beza pun. Jadi, kami kena siasat apa berlaku."
BACA >>> Pecco: Enjin Yamaha Quartararo Sebenarnya Tak Cukup 'Power'
ADAKAH KAMU KECEWA?
Quartararo turut mendakwa berlaku perkara pelik pada hari ujian:
Biasanya enjin ini ada lebih banyak kuasa kuda dan di Jerez (seminggu lalu) Cal sudah cuba dan memang lebih baik. Tapi sekarang, top speed sama macam tahun lalu.
“Memang ada masalah! Aku tak kata enjin, tapi ada sesuatu berlaku dan kami tak dapat extra power macam dimahukan. Bukan hari sia-sia tapi agak pelik. Di Misano, masa aku main tukar gear, aku rasa enjin itu ada sesuatu. Hari ini, tak ada pula dah!”
Quartararo turut mengakui kecewa kerana ini bukan cara diharapkannya untuk menamatkan musim 2022.
Di Misano dan Barcelona kami rasa ada penambahbaikan, tapi hari ini tak ada apa-apa."
Ujian Selasa lalu dilakukan Quartararo mencatatkan kelajuan maksimum 327.4kmj, manakala Pecco sepantas 335.4kmj. Rakan sepasukan, Franco Morbidelli pula mencatatkan kelajuan 325.8kmj di posisi ke-14 dalam senarai ujian masa.
"Aku syak Franco (Morbidelli) hadapi benda sama sebab aku nampak dia pun hampir berada di bawah kelajuan terpantas.
BACA >>> RNF Yamaha Jadi CryptoDATA RNF Aprilia untuk MotoGP 2023
APA PULA KATA MORBIDELLI?
Morbidelli berkata;
Aku rasa pelik sebab kita jangka lebih banyak power enjin dan itu tak berlaku. Kita perlu tau kenapa (ini terjadi)."
BACA >>> Prestasi Teruk di GP Thailand, Quartararo Terus Masuk Ofis Pujuk Diri Sendiri
BACA >>> Tunggang Gaya Lama Punca Morbidelli Gagal Menyerlah Seperti Quartararo
BACA >>> Quartararo Tak Selesa Dipuji Espargaro Sebagai Pelumba Terbaik
SUMBER: Crash
Leave a Reply