• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tekan Suis Tingkap, Tapi Pintu Pula Terbuka - Nissan AS Panggil Balik Altima

Tekan Suis Tingkap, Tapi Pintu Pula Terbuka - Nissan AS Panggil Balik Altima

February 9, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

nissan-altima-recall-2017
INI antara insiden yang sangat jarang berlaku dalam dunia automotif apabila Nissan Altima di pasaran Amerika Syarikat (AS) menghadapi masalah pendawaian berbahaya. Siapa sangka suis tingkap kuasa yang diketik untuk menurunkan tingkap rupa-rupanya boleh menyebabkan pintu terbuka!

Menurut Pentadbiran Keselamatan Lalulintas Lebuhraya Kebangsaan Amerika (NHTSA), selak pintu belakang dan kabel kunci kemungkinan tidak dihalakan dengan betul, sekali gus menyebabkan gangguan tidak diduga terhadap mekanisme bukaan tingkap. Kesannya, pintu boleh tiba-tiba terbuka ketika kereta sedang memecut. Tidak dapat dibayangkan apa yang bakal berlaku!

Menurut Nissan seperti dimaklumkan kepada ABC News, walaupun tiada kemalangan atau kecederaan berlaku akibat masalah tersebut, tetapi Nissan memutuskan memanggil balik 363,000 unit kereta di seluruh dunia untuk menangani masalah berkenaan.

Berdasarkan artikel di laman web Roadshow - CNET, cara menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan memasang pelindung pada bahagian pemasangan pintu sebelah dalam (inner door assembly). Bagaimanapun, bahagian pemasangan kabel kunci dan skrin pengedap pintu kemungkinan besar perlu diganti baharu.

NOTIS PANGGIL BALIK SUDAH HANTAR

Notis panggil balik sudah diserahkan kepada Kerajaan AS pada 18 Januari lalu, tetapi masalah tersebut cuma pertama kali dikesan pada musim panas lalu berikutan laporan satu kemalangan. Kemudian pada September atau Oktober lalu, satu lagi kejadian sama berulang. Pada masa itu barulah Nissan menyedari masalah kabel-hala (routed cable) yang dihadapi Altima.

Proses baik pulih boleh dibuat terus di kilang Nissan, tetapi notis panggil balik hanya akan diumumkan jika pengeluar dari Jepun itu masih lagi mendapat laporan sama dalam beberapa bulan akan datang. Nissan memberitahu akan menghantar notis pemberitahuan dalam tempoh dua bulan akan datang bagi memaklumkan apa yang perlu dilakukan pemilik.

Jadi, buat sementara waktu, pemilik Altima di AS untuk keluaran 2015-2017 diminta memberitahu anak mereka supaya tidak bermain dengan suis tingkap kuasa.

Sementara itu di Malaysia, Altima dipasarkan dengan nama Teana, iaitu sedan segmen-D yang dibikin untuk mencabar kehadiran Honda Accord dan Toyota Camry . Model Teana paling terkini - generasi ke-3 - adalah versi rebadge daripada Altima Amerika Utara. Apapun setakat ini tiada apa-apa aduan diterima daripada pemilik Nissan Teana @ Altima di Malaysia.

SUMBER: CarThrottle

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Nissan Altima, Nissan Teana, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my