• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Jual Motosikal Elektrik Tahun Depan, Hibrid Mula 2024, Model Hidrogen Bakal Tiba!

Kawasaki Jual Motosikal Elektrik Tahun Depan, Hibrid Mula 2024, Model Hidrogen Bakal Tiba!

November 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

314
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI mendedahkan tiga model terbaharu sebagai persiapan mengikuti edaran industri ke arah mobiliti bebas karbon. Tiga model ditayangkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 terdiri daripada motosikal elektrik (BEV), hibrid elektrik (HEV) dan hidrogen.

Di reruai Kawasaki di EICMA 2022, Presiden Kawasaki Motors Corporation, Hiroshi Ito tampil memperkenalkan tiga motosikal baharu dengan berkongsi objektif syarikat pada masa depan.

BACA >>> Modenas Sedia Teroka Semula Segmen Motosikal Elektrik
BACA >>> Kawasaki Jepun Tayang Prototaip Sportbike Hibrid, EV

MODEL ELEKTRIK PENUH

Kawasaki EICMA - 13
Kawasaki EICMA - 6

Model diperkenalkan itu ialah sportbike fairing penuh elektrik (EV) dengan rekabentuk mirip siri Ninja. Model itu menggunakan pek bateri sama seperti prototaip yang ditayangkan di Pameran Motosikal Intermot di Jerman, bulan lalu.

Turut membuat kemunculan adalah satu lagi naked bike mirip siri Z, yang mana kedua-dua model itu dijadualkan mula dijual bermula tahun depan (2023).

MODEL HIBRID

  • Ito turut mengulas mengenai model hibrid Kawasaki yang akan menggunakan gabungan enjin konvensional dan motor elektrik yang boleh diaktifkan berasingan atau serentak.
  • Dipanggil HEV (kenderaan hibrid elektrik), model itu pernah ditayangkan pada perlumbaan Suzuka 8 Hour di Jepun pada musim panas lalu. Kawasaki menjangka akan memasuki barisan pengeluaran bermula 2024.

MODEL HIDROGEN

  • Selain model elektrik dan hibrid, Kawasaki turut memperkenalkan model berasaskan hidrogen yang dibangunkan menggunakan varian Ninja H2.
  • Model dengan sumber hidrogen itu akan menggunakan sistem suntikan terus dan hidrogen mampat sebagai bahan api. Bagaimanapun, belum ada perincian didedahkan mengenai masa model itu akan dihasilkan.

APA CERITA MODEL BERASASKAN PETROL

  • Ito mengesahkan Kawasaki kekal komited menghasilkan model berasaskan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan mencari bahan api alternatif bukan berasaskan fosil.
  • Beliau berkata, ada 30 model akan dibangunkan menggunakan trenkuasa petrol, yang mana separuh daripadanya akan dipasarkan ke Eropah.

BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?
BACA >>> Kawasaki Ninja E1: Motosikal Elektrik dengan Kotak Gear Ini Mampu Hasilkan 60hp?
BACA >>> Kawasaki Mahu Perkenal 10 Motosikal Hibrid, Elektrik Menjelang 2025

Kawasaki EICMA - 6
Kawasaki EICMA - 12
Kawasaki EICMA - 7
Kawasaki EICMA - 8
Kawasaki EICMA - 9
Kawasaki EICMA - 10
Kawasaki EICMA - 13
Kawasaki EICMA - 1
Kawasaki EICMA - 2
Kawasaki EICMA - 3
Kawasaki EICMA - 5
Kawasaki EICMA - 4
Kawasaki EICMA - 11

Related

314
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Elektrik, Kawasaki Elektrik Hibrid, Kawasaki Motors Corporation, Pameran Motor Milan (EICMA) 2022, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev