SESETENGAH pengguna Malaysia mempunyai pemahaman pemilihan bahan api RON97 adalah lebih baik daripada RON95. Ramai percaya, lagi mahal harga petrol itu, maka lagi berkualiti minyak tersebut.
Tambahan lagi, ramai juga pempengaruh segera yang gemar memberikan saranan dan berkongsi pendapat mengenai sesuatu perkara . Benar, tidak salah berkongsi, tetapi biarlah fakta itu benar dan bukan sekadar mitos atau auta semata.
Contohnya, mitos popular mengenai petrol RON97 mampu memberikan lebih kuasa dan lebih penjimatan kerana mampu memberikan ekstra kilometer, sekali gus membuatkan ramai percaya RON97 adalah pilihan petrol terbaik berbanding RON95. Faktanya, SILAP!
Videografer PanduLaju, Hazry sendiri juga percaya RON97 adalah lebih baik dengan memilih mengisi gred petrol itu ketika singgah di stesen BHPetrol. Mujurlah, Abang Gan sempat 'menyelamatkan' Hazry daripada 'janji palsu' tersebut.
Abang Gan berkongsi mengenai proses pembakaran petrol dalam enjin terjadi.
Kata Abang Gan, bagi setiap enjin kereta, pasukan jurutera sudah membuat talaan supaya proses pembakaran dalam enjin sempurna. Ini kerana jika pembakaran tidak sempurna, gejala ketukan atau knocking akan berlaku ketika piston memampatkan udara dan bahan api, yang mana pembakaran berlaku sebelum masanya.
MAKSUD RON
RON bermaksud Research Octane Number. Jadi, jika mengisi petrol RON95, proses pembakaran petrol sebenarnya lebih mudah berbanding menggunakan petrol gred RON97. Secara mudah, semakin tinggi RON, semakin susah bahan api itu terbakar, sekali gus membuatkan enjin jarang mengalami ketukan.
Namun, RON97 hanya menghasilkan prestasi sepenuhnya jika diisi pada kenderaan berkuasa tinggi seperti kereta sport, kereta dengan enjin supercas dan turbo, termasuk jika kereta itu memang menetapkan keperluan bahan api minimum RON97.
KEBAIKAN RON95
Sebenarnya, RON95 pun sudah cukup baik buat kenderaan anda. Antara petrol RON95 terbaik di pasaran ialah RON95 Euro 4M BHPetrol kerana:
- RON95 BHPetrol dirumus dengan teknologi aditif khas dari Jerman.
- Enjin kereta tahan lebih lama dengan kandungan sulfur hanya 50ppm.
- Enjin lebih bersih dengan kehadiran agen pembersih deposit (Deposit Cleaning Agents) untuk membuang segala deposit dan kotoran dalam enjin.
- Baik untuk alam sekitar. Kandungan sulfur 50ppm memberikan kualiti petrol yang lebih bersih dan mampu mengurangkan emisi toksik.
- Menjimatkan minyak dengan agen pengurang geseran.
- Menghasilkan kuasa maksimum. Kandungan aditif dari Jerman memberikan kuasa maksimum pada enjin kenderaan.
Jangan lupa tonton video di atas sampai habis tau!
Leave a Reply