Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#FaktaAtauAuta: RON95 atau RON97? Mana Lebih Baik untuk Kereta Anda?
Autotainment

#FaktaAtauAuta: RON95 atau RON97? Mana Lebih Baik untuk Kereta Anda?

FarahBy Farah11/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SESETENGAH pengguna Malaysia mempunyai pemahaman pemilihan bahan api RON97 adalah lebih baik daripada RON95. Ramai percaya, lagi mahal harga petrol itu, maka lagi berkualiti minyak tersebut.

Tambahan lagi, ramai juga pempengaruh segera yang gemar memberikan saranan dan berkongsi pendapat mengenai sesuatu perkara . Benar, tidak salah berkongsi, tetapi biarlah fakta itu benar dan bukan sekadar mitos atau auta semata.

Contohnya, mitos popular mengenai petrol RON97 mampu memberikan lebih kuasa dan lebih penjimatan kerana mampu memberikan ekstra kilometer, sekali gus membuatkan ramai percaya RON97 adalah pilihan petrol terbaik berbanding RON95. Faktanya, SILAP!

Videografer PanduLaju, Hazry sendiri juga percaya RON97 adalah lebih baik dengan memilih mengisi gred petrol itu ketika singgah di stesen BHPetrol. Mujurlah, Abang Gan sempat ‘menyelamatkan’ Hazry daripada ‘janji palsu’ tersebut.

Abang Gan berkongsi mengenai proses pembakaran petrol dalam enjin terjadi.

Kata Abang Gan, bagi setiap enjin kereta, pasukan jurutera sudah membuat talaan supaya proses pembakaran dalam enjin sempurna. Ini kerana jika pembakaran tidak sempurna, gejala ketukan atau knocking akan berlaku ketika piston memampatkan udara dan bahan api, yang mana pembakaran berlaku sebelum masanya.

 MAKSUD RON

RON bermaksud Research Octane Number. Jadi, jika mengisi petrol RON95, proses pembakaran petrol sebenarnya lebih mudah berbanding menggunakan petrol gred RON97. Secara mudah, semakin tinggi RON, semakin susah bahan api itu terbakar, sekali gus membuatkan enjin jarang mengalami ketukan.

Namun, RON97 hanya menghasilkan prestasi sepenuhnya jika diisi pada kenderaan berkuasa tinggi seperti kereta sport, kereta dengan enjin supercas dan turbo, termasuk jika kereta itu memang menetapkan keperluan bahan api minimum RON97.

KEBAIKAN RON95

Sebenarnya, RON95 pun sudah cukup baik buat kenderaan anda. Antara petrol RON95 terbaik di pasaran ialah RON95 Euro 4M BHPetrol kerana:

  • RON95 BHPetrol dirumus dengan teknologi aditif khas dari Jerman.
  • Enjin kereta tahan lebih lama dengan kandungan sulfur hanya 50ppm.
  • Enjin lebih bersih dengan kehadiran agen pembersih deposit (Deposit Cleaning Agents) untuk membuang segala deposit dan kotoran dalam enjin.
  • Baik untuk alam sekitar. Kandungan sulfur 50ppm memberikan kualiti petrol yang lebih bersih dan mampu mengurangkan emisi toksik.
  • Menjimatkan minyak dengan agen pengurang geseran.
  • Menghasilkan kuasa maksimum. Kandungan  aditif dari Jerman memberikan kuasa maksimum pada enjin kenderaan.

Jangan lupa tonton video di atas sampai habis tau!

Auto Terkini autotainment bahan api RON95 BHP Fakta atau Auta harga minyak ron97
Farah

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Castrol Malaysia Peluas Komitmen Cub Prix, Lancar Minyak Enjin Skuter POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

    16/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Stesen minyak Shell di Filipina.
    Auto Terkini

    Isu Bekalan Minyak Tular, Shell Malaysia Mohon Maaf Hadkan Jualan Sementara

    15/04/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Tiada Krisis Bekalan Minyak, Kerajaan Pantau Data Mingguan Penggunaan Bahan Api

    15/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    By Han Othman13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.