MARC Marquez akan kembali mengasah litar untuk menguji bahan api boleh diperbaharui Repsol Honda sebaik tamatnya saingan GP Valencia 2022 hujung minggu ini.
Juara dunia lapan kali itu akan membuat ujian itu di Litar Jarama di Madrid pada Khamis, 10 November 2022 menggunakan jentera Honda RC213V-S.
BACA >>> MotoGP Guna Minyak Sawit 2027?
Laporan mengatakan motosikal itu akan menggunakan 'bahan api bio termaju yang dihasilkan menggunakan sisa buangan sebagai bahan asas'.
Bahan api itu dapat digunakan Repsol Honda pada 2024 apabila pasukan-pasukan MotoGP beralih kepada penggunaan bahan api dengan kandungan 40 peratus bukan berasaskan fosil.
BACA >>> SIC Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2024, Petronas Jadi Penaja Utama GP Malaysia
BACA >>> Kerajaan Perkenal Biodiesel B20 Guna Minyak Sawit untuk Kenderaan Komersial
SUMBER: Crash
Leave a Reply