• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Indonesia Tumpu Penguatkuasaan Saman Elektronik Guna CCTV, Tiada Lagi Manual

Polis Indonesia Tumpu Penguatkuasaan Saman Elektronik Guna CCTV, Tiada Lagi Manual

November 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETUA Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo mengeluarkan arahan kepada semua anggota polis supaya tidak mengeluarkan notis saman secara manual.

Mengulas perkara itu, Pengarah Penguatkuasaan Undang-Undang Korps Lalu Lintas Polis Indonesia, Brigadier Jeneral Aan Suhanan berkata, pasukannya sudah bersedia menggunakan Penguatkuasaan Undang-Undang Trafik Elektronik (ETLE).

BACA >>> Indonesia Cadang Saman Mat Motor Guna Laluan Basikal

Pada masa sama, anggota polis Indonesia akan meneruskan tugas penguatkuasaan membabitkan dua aspek, iaitu kesedaran pendidikan dan teguran.

Aan berkata pihaknya juga akan menjalankan penilaian sejauh mana tahap efektif orang awam memahami tentang kepentingan keselamatan trafik.

Berhubung memaksimumkan pengeluara tiken secara elektronik atau ETLE, kami juga akan terus mengarahkan atau memberi petunjuk dan arahan kepada bahagian untuk memberi kesedaran.

"Kemudian, kami akan mengingatkan semua anggota supaya tidak bersikap tidak peduli jika melihat sesuatu kesalahan. Kami akan ambil tindakan, dengan beri amaran dan kesedaran."

BACA >>> Delhi Kuat Kuasa Had Laju Baharu, Lebih 48k Pemandu Kena Saman dalam Seminggu

Aan juga berkata, pihaknya menyokong kaedah saman elektronik kerana memberikan banyak manfaat berbanding pengeluaran saman secara manual melibatkan anggota trafik di jalan raya. Menurutnya;

  • Dapat mengelak interaksi antara pesalah dan anggota polis yang lazimnya berakhir dengan meminta suapan atau rasuah.
  • Penguatkuasaan lebih efisien, iaitu selama 24 jam untuk merakam kesalahan dilakukan. Polis Indonesia lazimnya menghabiskan masa satu hingga dua jam untuk memburu pesalah trafik.

Pemerhati isu perundangan dan pengangkutan Indonesia, Budiyanto berpendapat sistem ETLE lebih berkesan kerana beroperasi 24 jam, tetapi masih ada beberapa kekangan.

Masalahnya, jumlah kamera CCTV masih kecil berbanding ukuran jarak jalan raya. Jadi, adalah penting untuk menambah kamera ETLE dan disesuaikan mengikut jarak jalan raya."

Contohnya, di kawasan Jakarta Tengah, cuma 13 kamera statik ETLE di beberapa batang jalan termasuk Jalan Kyai Caringin, Jalan Gunung Sahari, Jalan Keramat Raya, Jalan Merdeka Barat, Jalan Majapahit dan Jalan Salemba Raya.

BACA >>> Berjalan Sambil Guna Telefon Boleh Kena Saman di Filipina!
BACA >>> Indonesia Guna Putih Sebagai Warna Latar Nombor Plat Kenderaan
BACA >>> Anggota Polis Indonesia Diingatkan Tidak Tayang Gaya Hidup Mewah
BACA >>> Indonesia Laksana Sistem Tol Tanpa Palang Sepenuhnya Hujung Tahun Ini!

SUMBER: Kompas

Related

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aan Suhanan, Auto Terkini, Indonesia, Listyo Sigit Prabowo, polis Indonesia, Saman Elektronik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev