• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Buka Pusat Servis 3S Terbesar di Kuching, Mampu Servis 50 Kereta Sehari!

Honda Malaysia Buka Pusat Servis 3S Terbesar di Kuching, Mampu Servis 50 Kereta Sehari!

November 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

355
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengumumkan pembukaan Pusat Servis 3S terbaharu di bandar Kuching yang di bawah urus selia Northmont Capital.

Cawangan pusat servis itu terletak di Petra Jaya yang memanfaatkan penduduk sekitar kawasan utara dan selatan Sungai Sarawak. Pembukaan itu juga meningkatkan jumlah cawangan Honda Malaysia yang ke-14 unit di wilayah Malaysia Timur.

Honda 3S Kuching - 2
Honda 3S Kuching - 4

Pusat servis terbaharu seluas 2,339 meter persegi itu menelan belanja hampir RM15 juta yang dibina atas kawasan berkeluasan 4,711 meter persegi, sekali gus menjadi Pusat Servis 3S Honda terbesar di bandar Kuching.

Premis itu dilengkapi 12 ruang kerja servis, tiga ruang baik pulih biasa dan satu ruang servis tayar yang mampu menampung jumlah kira-kira 50 kenderaan diservis setiap hari. Beberapa kemudahan turut disediakan buat pelanggan seperti ruang menunggu selesa, perkhidmatan WiFi percuma, dan ruang kanak-kanak bermain.

BACA >>> Honda Malaysia Bakal Lancar Dua Model Baharu, Teroka Bisnes Kereta Terpakai

Honda 3S Kuching - 1
Honda 3S Kuching - 5

Premis itu juga menyediakan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan insurans, servis cuci kenderaan, dan servis penyaman udara, termasuk imbangan dan penjajaran (balancing and alignment) tayar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Tahun ini, wilayah Timur Malaysia mencatat prestasi jualan memberangsangkan dengan menyumbang 5 peratus kepada jumlah jualan Honda Malaysia sejak Januari hingga September 2022. Daripada 5 peratus itu, Sarawak menyumbang 3 peratus.

"City ialah model paling laris di Sarawak, menyumbang 22 peratus kepada jumlah jualan di wilayah tersebut. Model Honda HR-V serba baharu yang dilancarkan pada Julai 2022 menerima sambutan menggalakkan di Sarawak dengan lebih 200 unit dijual.

"Honda Malaysia menitikberat servis selepas jualan untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pemilik Honda. Hingga kini Sarawak mencatatkan hampir 40,000 pengambilan servis, meningkat 17 peratus berbanding 2021.

"Dengan pembukaan Pusat Servis 3S terbaharu, saya yakin ia boleh memberi perkhidmatan selepas jualan diperlukan pelanggan di Kuching."

Honda 3S Kuching - 3
Honda 3S Kuching - 6

Pelanggan merancang membuat tempahan janji temu dengan Northmont Capital (Pusat Servis 3S Honda) boleh menghubungi talian 082-258 400, 082-258 500 atau 082-251 900.

Pelanggan juga boleh mengunjungi terus premis berkenaan di  Lot 13105, Sec 65, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Kuching Sarawak atau melayari laman web www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

BACA >>> Baru Enam Bulan, Honda Malaysia Jual Lebih 39k Unit Kenderaan, City Kekal Paling Laris
BACA >>> Honda Malaysia Buka Tempahan Civic e:HEV RS, Enjin 2.0L, Harga Masih Misteri
BACA >>> PERHATIAN!!! Honda Malaysia Panggil Balik 1,527 Unit City, City Hatchback, BR-V dan HR-V!

Related

355
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hironobu Yoshimura, Honda Malaysia, Malaysia Timur, Northmont Capital Honda, Pusat Servis 3S Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev