YAMAHA memperbaharui sportbike YZF-R125 (2023) yang kini mewarisi rekabentuk wajah depan R7 dengan panel meter TFT dan juga sistem kawalan traksi.
Yamaha YZF-R125 mula diperkenalkan pada 2008 dan menerima pembaharuan besar-besaran pada 2019 melibatkan casis Deltabox dengan keluli baharu serta perubahan geometri, termasuk trenkuasa 4-injap silinder tunggal SOHC dengan teknologi injap variabel VVA.
BACA >>> Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
Dua ciri itu kekal untuk model edisi 2023 ini, sebaliknya imej depan mirip R6 sebelum ini diubah kepada gaya R7 dengan menggunakan lampu utama tunggal di tengah berserta lampu siang (DRL) di sisi. Frem Deltabox pula kini jenis aluminium.
BACA >>> Yamaha MT-125 (2023) di Eropah Kini dengan Panel Meter TFT 5.0 Inci, Harga RM26k
- Enjin tidak berubah, masih 4-injap silinder tunggal 125cc SOHC penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 14.8hp @ 10,000rpm, dan tork 11.5Nm @ 8,000rpm. Transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Menerima rekabentuk aerodinamik dengan penutup ventilator pada tangki minyak.
- Panel meter TFT berwarna 5 inci berbanding LCD sebelum ini.
- Panel meter baharu memaparkan bacaan Track dengan pemasa (lap timer) bagi merekod prestasi tunggangan untuk 25 lap.
- Perubahan seterusnya ialah indikator anjakan gear yang boleh diprogram untuk masa penukaran gear optimum.
- Pemilik juga boleh menyambung telefon pintar untuk akses panggilan telefon dan kiriman mesej.
- Model aras mula itu juga didatangkan dengan wayar prasambung untuk fungsi Quick Shifter.
- Juga dilengkapi teknologi Kawalan Traksi (TC) yang berfungsi bersama sistem klac antigelincir A&S dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
BACA >>> 40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia
BACA >>> Foto Unit Enjin Terakhir Tersebar, Yamaha 125Z Ucap Selamat Tinggal
BACA >>> Yamaha YZF-R9 Bakal Tiba, Guna Enjin MT-09?
- Kini menggunakan tayar Michelin Pilot Street bersaiz 100/80 (depan) dan 140/70 (belakang).
- Tambahan lain ialah klamp tripel, konsol butang kawalan seperti superbike R1 untuk mengubah paparan meter TFT.
- Dimensi panjang 1,990mm, lebar 715mm dan tinggi 1,145mm. Tinggi pelana 820mm dan jarak roda 1,325mm.
- Jarak lega bumi 160mm dan berat kasar 144kg, manakala kapasiti tangki minyak 11 liter.
- Dipasangkan sistem brek cakera tunggal 292mm (depan), dan 220mm (belakang).
- Dua pilihan warna ditawarkan, Icon Blue (biru) dan Tech Black (hitam)
- Sportbike ini dijangka memasuki pasaran pada April 2023. Tiada maklumat harga dikongsikan.
BACA >>> Yamaha YZF-R125 (2022) Tawar Pek Sport di Eropah, Harga RM2.1k!
BACA >>> Yamaha XSR125 Legacy Edition (2022) Gaya Jentera Lumba Retro, Harga RM27.5k
SUMBER: MCN
Leave a Reply