GPX Thailand memperkenalkan skuter GPX Drone (2023) terbaharu untuk menarik minat lebih ramai pembeli. Model itu kini didatangkan dengan sistem trenkuasa lebih jimat bahan api dengan pilihan warna lebih segar.
BACA >>> MForce Perkenal Dua Varian SYM Jet X 150 (2021), Harga Mula RM8.8k!
1. LIMA WARNA PILIHAN
- Deep Wine (hitam-kelabu)
- Hyper Silver (kelabu-hitam)
- Master Green (hijau-kelabu)
- Energetic Red (merah-kelabu)
- Lightning Blue (biru-hitam)
2. TIGA VARIAN
Didatangkan dalam tiga varian: Standard, Keyless dan Keyless Special pada harga seperti berikut:
Standard menggunakan sistem kunci konvensional, harga jualan 77,500 baht (RM9,690).
Keyless dilengkapi sistem kunci kawalan jauh tanpa ciri penggera, harga jualan 79,500 baht (RM9,940)
Keyless Special dilengkapi sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dengan sistem penggera aktif pada harga 79,500 baht (RM9,940).
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Idea Lucu, Kreatif Nak Kunci Kereta untuk Elak Dicuri
3. SISTEM KUNCI PINTAR, PENGGERA ANTIKECURIAN
- Ditawarkan dalam dua varian dengan sistem kunci pintar, iaitu Keyless dan Keyless Special.
4. TRENKUASA TEKNOLOGI SYM
- Enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 150cc penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api (FI) berasaskan teknologi SYM, yang membantu meningkat kecekapan penggunaan petrol hingga 16 peratus. Enjin sebelum ini cuma 2-injap.
5. SISTEM LAMPU LED
- Semua lampu jenis LED. Lampu siang (DRL) mengekalkan rekaan lama bentuk abjad Y. Lampu utama menggunakan 10 unit diod LED untuk suluhan rendah dan tinggi.
BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
6. PANEL METER DIGITAL TFT
- Panel meter TFT warna digital penuh horizontal dengan paparan spidometer, takometer dan beberapa infomasi lain seperti bar petrol, jam dan voltan bateri.
7. PELANA LEBAR, RUANG SIMPANAN LUAS
- Pelana direka sporty dan agak tebal yang cukup selesa untuk sebarang perjalanan. Keselesaan sama turut dinikmati pembonceng.
- Ruang simpanan bawah pelana mampu memuatkan satu helmet muka penuh.
BACA >>> Skuter GPX Drone 4V (2022) Lancar di Thailand, Harga Mula RM8.8k!
8. SISTEM BREK CBS, ABSOBER BERKEMBAR
- Dilengkapi Sistem Brek Kombi (CBS) dengan brek cakera depan 260mm dan belakang 220mm.
- Sistem suspensi fork teleskopik di depan, dan dwi-absorber boleh dilaras pra-beban tiga tetapan.
9. PORT USB
- Port USB disediakan untuk mengecas telefon pintar atau peranti lain.
BACA >>> 40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia
Leave a Reply