• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 2 Ferrari Klasik 'Low Mileage' Cari Pemilik Baru, Antara Model Paling Baik Dijaga Rapi

2 Ferrari Klasik 'Low Mileage' Cari Pemilik Baru, Antara Model Paling Baik Dijaga Rapi

February 11, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI LUAR negara khususnya Barat, setiap acara jualan dan lelongan kereta memang ditunggu-tunggu golongan pengumpul barangan klasik. Malah, urusan jual beli tersebut menjadi antara karier yang lumayan. Di negara kita, trend berkenaan berkembang apabila kita kini dapat menyaksikan beberapa syarikat mula mengimport kereta dan motosikal lama dari Jepun untuk dijual semula. Rare collection, kata orang.

Sempena acara Jualan Kereta Klasik Retro Lumba anjuran rumah lelongan, Silverstone Auctions di Britain pada 25 dan 26 Februari depan, dua model klasik Ferrari antara paling cantik dan baik bakal dilelong. Model pertama ialah Ferrari Dino 246 GT (1974) yang siap dibaik pulih, manakala sebuah lagi , Ferrari F355 Berlinetta (1998) dengan perbatuan rendah. Kedua-dua model itu ialah peluang terbaik buat peminat dan pengumpul Ferrari untuk memiliki model gaya rekaan firma rekabentuk kereta terkemuka Itali, Pininfarina.

Sangat jarang model Ferrari dalam kondisi seperti ini (sangat baik) ditawarkan kepada pembeli. Kami gembira atas kepercayaan menguruskan jualan yang diberikan pemilik yang menjaga kereta ini dengan cukup baik selama ini.”

- Adam Rutter, Silverstone Auctions

 1. FERRARI DINO 246 GT (1974)


Ini bukan Dino sembarangan. Kereta pemanduan tangan kanan itu dibaluti kemasan badan merah Rosso Chiaro dengan dalaman hitam vinil selain arka roda pemasangan kilang dan tayar Campagnolo. Kerusi Daytona dipasang beberapa hari kemudian yang dikenali sebagai model Chairs and Flares di kalangan Ferraristas - peminat Ferrari.

Selain model lelongan itu, hanya ada 13 unit Dino wujud di seluruh Britain dan telah bertukar tangan sebanyak tujuh kali sebelum menjadi hak pemilik sekarang pada 27 Januari 1995 - 22 tahun lalu. Paling penting, pemilik Dino itu melayan keretanya dengan begitu cermat dan berhemah, di mana dia hanya memandu ketika cuaca elok sahaja.

Selepas lebih kurang 10 tahun, dia akhirnya memutuskan menghantar jentera kesayangannya itu kepada seorang pakar Ferrari, Nick Cartwright pada Mac 2014 untuk dibaik pulih yang memakan masa lebih setahun membabitkan pelbagai aspek seperti mekanik, kerja badan dan interior, serta mengosongkan bahagian casis, ruang enjin dan kerja badan untuk dicat penuh semula.

Selepas 22 tahun, Ferrari Dino kini ditawarkan untuk dijual buat pertama kali yang turut dibekalkan kit alatan lengkap dan jek, buku waranti Ferrari, panduan pemilik Dino dan UK V5c (buku log kenderaan). Harga pra jualan dibuka bermula £300,000 (RM1.66 juta) hingga £350,000 (RM1.93 juta), manakala jarak perbatuan baru saja mencecah 56,222km sejak 1974.

ferrari-dino-246-gt-1974-1
ferrari-dino-246-gt-1974-2
ferrari-dino-246-gt-1974-3
ferrari-dino-246-gt-1974-4
ferrari-dino-246-gt-1974-5
ferrari-dino-246-gt-1974-6
ferrari-dino-246-gt-1974-7
ferrari-dino-246-gt-1974-8
ferrari-dino-246-gt-1974-9
ferrari-dino-246-gt-1974-10
ferrari-dino-246-gt-1974-11
ferrari-dino-246-gt-1974-12
ferrari-dino-246-gt-1974-13
ferrari-dino-246-gt-1974-14
ferrari-dino-246-gt-1974-15
ferrari-dino-246-gt-1974-16
ferrari-dino-246-gt-1974-17
ferrari-dino-246-gt-1974-18
ferrari-dino-246-gt-1974-19
ferrari-dino-246-gt-1974-20
ferrari-dino-246-gt-1974-21
ferrari-dino-246-gt-1974-22
ferrari-dino-246-gt-1974-23
ferrari-dino-246-gt-1974-24

2. FERRARI F355 BERLINETTA (1998)


Kereta kedua dilelong ialah Ferrari F355 Berlinetta (1998) yang juga tampil dengan jarak perbatuan sangat rendah, iaitu 11,293km sahaja. Lebih menarik, F355 Berlinetta hanya dimiliki seorang pemilik sahaja. Kemasan luar dibaluti merah Rosso Corsa dengan trim dalaman kulit Nero Black dan karpet hitam. Lebih istimewa, transmisi Ferrari F355 Berlinetta adalah jenis manual yang pastinya cukup sukar dicari dan jarang pula ada di pasaran. Model ini dijual baharu oleh Mortimer Houghton Turner Ltd pada 20 Mac 1998.

Pada acara hujung bulan ini, harga permulaan lelongan akan dibuka antara £85,000 (RM469,240) hingga £100,000 (RM552,047) mengikut kadar tukaran semasa. Ferrari Berlinetta F355 akan dijual bersama status ujian Kementerian Pengangkutan (MoT) Britain setakat 14 Oktober 2017, kit alatan penuh, pengepam tayar, pelindung kereta tempahan khas dan buku manual.

ferrari-f355-berlinetta-1998-1
ferrari-f355-berlinetta-1998-2
ferrari-f355-berlinetta-1998-3
ferrari-f355-berlinetta-1998-4
ferrari-f355-berlinetta-1998-5
ferrari-f355-berlinetta-1998-6
ferrari-f355-berlinetta-1998-7
ferrari-f355-berlinetta-1998-8
ferrari-f355-berlinetta-1998-9
ferrari-f355-berlinetta-1998-10
ferrari-f355-berlinetta-1998-11
ferrari-f355-berlinetta-1998-12
ferrari-f355-berlinetta-1998-13

SUMBER: Silverstone Auctions

Related

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari 355 Berlinetta 1998, Ferrari Dino 246 GT 1974, kereta lelong, Roda4, Silverstone Auctions, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev