• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Super Dron Guna Enjin Suzuki GSX-R1000 dengan Kuasa 148hp!

Super Dron Guna Enjin Suzuki GSX-R1000 dengan Kuasa 148hp!

November 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

217
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FIRMA Jepun, Arase Aizawa Aerospatiale (Arase Aizawa) membangunkan model super dron menggunakan komponen trenkuasa superbike Suzuki GSX-R1000. Mobiliti udara dinamakan AZ-1000 itu ditayangkan di Pameran Nagoya Robodex.

Super dron itu mampu mengangkat beban seberat 150kg dan terbang hingga enam jam di udara. Pemilih trenkuasa Suzuki dibuat kerana faktor berat yang dikelas sebagai ringan (lightweight), selain rekabentuk enjin dan lokasi syarikat berhampiran kilang Suzuki di Hamamatsu.

BACA >>> Suzuki GSX-R1000R (2022) Kini dengan Pilihan Warna Baharu, Jepun Sahaja, Harga RM75k
BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!

Dron AZ-1000 Suzuki - 1
Dron AZ-1000 Suzuki - 2

 

Salah seorang individu di sebalik projek super dron itu ialah mantan jurutera Suzuki, Kunio Arase yang pernah terlibat membangunkan trenkuasa siri Suzuki GSX-R dan Suzuki Hayabusa.

Dron empat rotor (quadcopter) itu setinggi semeter dengan ukuran panjang 3 meter, dan dimensi boleh diturunkan dengan melipat rotor untuk tujuan simpanan.

BACA >>> Dron UTHM Mampu Terbangkan Kargo 200kg, Masuk Rekod Malaysia

Dron AZ-1000 Suzuki - 1
Dron AZ-1000 Suzuki - 0

AZ-1000 dilengkapi tangki minyak berkapasiti 55 liter dan berat 110kg untuk sedia terbang. Bekalan petrol membolehkan dron berkenaan terbang selama enam jam (tanpa muatan). Jika mengangkat beban maksimum 150kg pula, masa penerbangan sekitar dua jam.

Trenkuasa Suzuki itu dinamakan sebagai Kunio, iaitu enjin 4-silinder 16-injap 998cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 148hp dengan empat bilah kipas yang setiap satu sepanjang 1,700mm. Dimensi tinggi 1,000mm, panjang 3,020mm dan lebar 2,860mm. Jika bilah kipas dilipat, ukuran panjang menjadi 1,510mm manakala lebar susut kepada 1,405mm.

BACA >>> Suzuki Pula Teroka Segmen Kereta Terbang, Versi Elektrik, Fokus Pasaran India

SUMBER: Aizawa | Young-Machine 

Related

217
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arase Aizawa Aerospatiale, Auto Terkini, AZ-1000, Kunio Arase, Pameran Nagoya Robodex, Super Dron, Suzuki GSX-R1000

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev