• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia

40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia

November 2, 2022 By Shawkath 1 Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

INSTITUT Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan CyberSecurity Malaysia menghasilkan satu program untuk membantu pengguna membuat pilihan kamera pemuka (dashcam) terbaik untuk kenderaan mereka.

Dipanggil CamScore (Dashcam Safety Score Card), program itu membabitkan fasa penilaian awalan dan versi pertama senarai jenama kamera yang dinilai. Ada 40 produk pelbagai jenama kamera dashcam dinilai.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik?

Motif program itu adalah untuk membolehkan pengguna mendapat gambaran lebih mendalam tentang kualiti kamera, menjadikan pembelian itu sebagai berbaloi dengan harga dibayar.

Fasa Awalan CamScore

  • Menilai spesifikasi dashcam melalui tiga segmen iaitu:
    • Ciri asas (basic features)
    • Ciri termaju (advanced features)
    • Ciri bantuan pemanduan (Advanced Driving Assistance System – ADAS)

Keputusan pertama CamScore menyenaraikan lima model dashcam yang berjaya mencapai taraf lima bintang iaitu 70mai (tiga model) dan masing-masing satu model dari DDPAI dan Thinkware. Berikut ialah hasil penilaian berdasarkan penarafan bintang:

  • 4 Bintang: 15 model
  • 3 Bintang: 19 model
  • 2 Bintang: 1 model
*TM: Produk Dashcam OEM tetapi tiada tanda dagang

Dua produk 70mai iaitu 70mai A800S dan 70mai Pro Plus+ A500S mencatat skor tertinggi iaitu 4.59 daripada markah keseluruhan 5.00.

Keputusan penilaian CamScore dilancarkan sempena Persidangan Pakar Kenderaan Moden (Modern Vehicle Expert - MOVE) di Putrajaya sebentar tadi.

BACA >>> Kajian: Benarkah Video Dashcam Selesaikan Banyak Isu Trafik?

Pengurus Projek Forensik Kenderaan yang juga Pengarah Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik MIROS, Ts. Zulhaidi Jawi berkata:

“CamScore adalah kesinambungan pelbagai program penarafan yang dibangunkan MIROS termasuk penilaian kenderaan. Setidak-tidaknya kami sudah memberi respons awal kepada luahan pengguna yang tercari-cari panduan memilih dashcam yang sesuai.”

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab pula berkata:

“CyberSecurity Malaysia akan terus komited dalam memastikan perlindungan paling optimum untuk rakyat Malaysia berkenaan keselamatan digital.

“Kerjasama strategik bersama MIROS ini adalah simbolik kepada perubahan semasa di mana janaan data digital telah semakin dominan di arena automotif, berbanding sebelum ini yang tertumpu kepada isu internet, peranti dan perkomputeran.”

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 3 Posisi Terbaik untuk Pasang Kamera @ Dashcam Pada Helmet
BACA >>> Dua Maut Dilanggar Lori ketika Tukar Tayar Pancit, Dashcam Jadi Bukti Drebar Laju!

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 70mai, CamScore (Dashcam Safety Score Card), CyberSecurity Malaysia, Dashcam, Dashcam Paling Berkualiti, Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab, DDPAI, Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Kamera Papan Pemuka, Penarafan Bintang Dashcam, Persidangan Pakar Kenderaan Moden (Modern Vehicle Expert - MOVE), Pilihan Dashcam Terbaik 2022, Thinkware, Ts. Zulhaidi Jawi

Comments

  1. Sree says

    November 2, 2022 at 1:27 PM

    How about marbella?? Please advise

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev