• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lebih Setahun Ditangguh, Toyota GR Yaris Buka Semula Tempahan di Australia!

Lebih Setahun Ditangguh, Toyota GR Yaris Buka Semula Tempahan di Australia!

October 31, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA GR Yaris sebenarnya nampak lebih gah jika dilihat depan mata. Bahagian belakang lebar menonjolkan karakter kereta lumba jalanan dalam gaya badan hatchback atau 'kontot' yang membayangkan aksi lincah di trek rali.

Tidak hanya memasang angan-angan atau sekadar melihat dari jauh, pengguna tempatan boleh merasai Toyota GR Yaris yang dilancarkan UMW Toyota Motor (UMWT) pada Disember 2020 dengan harga sekitar RM300,000.

BACA >>> Toyota GR86 (2022) Masuk Australia Bulan Ini dengan Teknologi Bantuan Pemandu
BACA >>> SUV Subkompak Yaris Cross GR Sport (2023) untuk Eropah dengan Enjin Hibrid 3-Silinder 1.5L

Toyota GR Yaris

Di Australia pula ada kisah menarik lain apabila Toyota terpaksa menangguhkan penawaran Toyota GR Yaris hingga berbulan lama. Wakil pengeluar itu memutuskan menutup tempahan pada 1 Julai 2021 selepas pelancaran pada November 2020.

Keputusan itu dibuat selepas model berkenaan mendapat sambutan hangat dan Toyota mahu menumpukan kepada penghantaran kumpulan pertama. Ini kerana dalam tempoh seminggu 1,000 unit Toyota GR Yaris pada harga promosi A$39,950 (RM121,740) dijual, manakala laporan pada April 2022 mendakwa lebih 2,100 unit sudah diserahkan sejak dilancar November 2020.

Selepas lebih setahun atau lebih tepat 16 bulan 1 minggu, tempahan Toyota GR Yaris bakal dibuka semula pada 10 November ini.

Toyota juga mengesahkan tambahan 160 unit Toyota GR Yaris untuk pelanggan Australia yang akan dibahagikan dalam tempoh 12 bulan seterusnya. Berdasarkan pengalaman lalu, permintaan dijangka melebihi penawaran.

Toyota GR Yaris bukan seperti kereta kebanyakan. Model ini dipasang tangan di sebuah kilang saja di Jepun untuk pasaran antarabangsa. Seperkara menarik lain, harga Toyota GR Yaris kekal sama seperti sebelum ini, iaitu daripada A$49,500 (RM150,790) untuk varian Standard dan bermula A$54,500 (RM166,020) untuk Rallye.

Toyota GR Yaris Rallye
Toyota GR Yaris Rallye
Toyota GR Yaris Rallye
Toyota GR Yaris Rallye

Ada beberapa kemas kini dibuat, iaitu warna tambahan untuk Toyota GR Yaris Rallye, Glacier White, Tarmac Black dan Feverish Red selain warna sedia ada Frosted White Pearl.

Toyota Australia turut mengumumkan penawaran Toyota GR Supra dengan transmisi manual yang akan dibuka tempahan pada 10 November ini. Toyota GR Supra GT dijual pada harga sama seperti model automatik, iaitu bermula A$87,000 (RM265,185), dan bermula A$97,000 (RM295,490) untuk Toyota GR Supra GTS.

Malah, Toyota Australia turut mengambil pendaftaran minat 500 unit model terbaharu Toyota GR Corolla untuk tahun pertama pengeluaran.

BACA >>> Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!
BACA >>> Toyota Corolla (2023) Kemas Kini Model Sedan, Hatchback dan Wagon di Jepun

Toyota GR Yaris dan GR Yaris Rallye (kanan)
Toyota GR Yaris dan GR Yaris Rallye (kanan)
Toyota GR Yaris Rallye
Toyota GR Yaris Rallye
Toyota GR Yaris Rallye
Toyota GR Yaris Rallye
Toyota GR Yaris
Toyota GR Yaris
toyota-gr-yaris-australia

Related

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GR, hatchback subkompak, Roda4, Toyota, Toyota Australia, Toyota GR Yaris, Toyota Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev