DUCATI ada banyak model menarik dan dalam barisan ditawarkan, Ducati Diavel dilihat menyerlah dengan rekabentuk tersendiri.
Ducati Diavel ialah model cruiser dan generasi pertama debut pada 2010, manakala generasi kedua menyusul pada 2015. Sebagai antara negara penggemar Ducati, Ducati Diavel 1260 S dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada 2019 yang dijual pada harga RM139,900.
BACA >>> Ducati Diavel 1260 S (RM139k) dan Panigale V4 R (RM299k) Kini Rasmi di Malaysia
Sepanjang penawaran itu, Ducati Diavel turut hadir dalam beberapa edisi terhad seperti AMG Edition pada 2012 dan 1260 Lamborghini pada 2020.
Terbaharu Ducati Diavel V4 diperkenalkan dengan pelbagai perubahan seperti penggunaan enjin 1,158cc Granturismo V4 bagi menggantikan enjin 1,262cc V-Twin. Berikut perincian tentang model baharu itu:
Enjin
- 1,158cc Granturismo V4 (turut digunakan Ducati Multisrada V4, Ducati Panigale V4 dan Ducati Streetfighter V4).
- Output kuasa 168hp @ 10,750rpm dan tork 126Nm @ 7,500rpm.
- Kuasa lebih tinggi dan tork sedikit rendah daripada Ducati Diavel 1260 S (159hp @ 9,500rpm, tork 129Nm @ 7,500rpm).
- Tork 4.9Nm lebih tinggi daripada Ducati Multistrada V4.
- Pecutan 0-100kmj bawah 3 saat.
- Selang servis utama setiap 60,000km.
- Fungsi nyah aktif silinder belakang ketika berhenti atau pada putaran rev rendah.
Rekabentuk
- Membawa elemen model terkini Ducati.
- Diilhamkan daripada kereta muscle dengan gaya muskular dengan bentuk seperti atlet yang sedia untuk berlari.
- Bentuk beban ditumpukan pada bahagian depan, manakala belakang bergaya garis alur.
- Ada empat paip ekzos di sisi.
- Lampu siang (DRL) bentuk C kembar, manakala lampu signal belok disepadukan pada hendal dan di depan takungan cekam dan brek.
- Kluster lampu belakang LED menjadi antara ciri menonjol selain ekzos empat paip.
- Bar genggam belakang jenis teleskopik.
- Kowl pelana belakang dibekalkan sebagai standard.
- Saiz tayar besar 240/45 dengan rim aloi lima rongga.
- Ada dua pilihan warna, Ducati Red (merah) atau Thrilling Black (hitam).
Casis dan Badan
- Berat kering 223kg.
- Pengurangan berat lebih 13kg (5kg pada enjin dan 8kg pada motosikal) berbanding Ducati Diavel 1260 S.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) dengan travel 50mm di depan, dan monoshock dengan travel bertambah 15mm di belakang.
- Sistem brek cakera kembar 330mm dengan kaliper Brembo Stylema di depan.
- Tinggi pelana 790mm.
Sistem Elektronik
- Ada empat mod tunggang: Sport, Touring, Urban dan Wet.
- Kawalan Jelajah, Kawalan Mula Pandu.
- Kawalan Traksi Ducati (DTC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Selekoh, dan Kawalan Wheelie Ducati (DWC).
- Quickshifter Ducati (DQS dua arah (atas-bawah) untuk anjakan gear lebih lancar.
- Panel meter TFT berwarna 5 inci.
Ducati Diavel V4 (2023) dijadualkan berada di bilik pameran pengedar Eropah bermula Januari 2023 dan bulan berikut meyusul di Amerika Syarikat (AS).
BACA >>> Ducati Panigale V4 R (2023) yang Hampir Mirip Jentera WorldSBK, Kuasa 240.5hp!
BACA >>> Ducati Perkenal Set Penuh Aksesori Ducati Multistrada V2
Leave a Reply