• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Abang Bomba, Rakan Terciduk Seludup Ketum Guna Van Ubah Suai Macam Kereta Bomba

Abang Bomba, Rakan Terciduk Seludup Ketum Guna Van Ubah Suai Macam Kereta Bomba

October 31, 2022 By Shawkath Leave a Comment

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CUBAAN seorang anggota bomba dan rakan menyeludup 850kg daun ketum menggunakan sebuah van merah di Kelantan gagal apabila ditahan polis di Kampung Rabbana, Jeli di Kelantan, awal pagi Khamis lalu.

Kedua-dua individu direman hingga esok untuk membantu siasatan kes. Berikut ringkasan insiden:

  • Suspek ialah anggota bomba berusia 29 tahun, manakala rakannya berusia 35 tahun mendakwa diri sebagai sukarelawan bomba.
  • Berpakaian seragam pasukan Bomba dan memandu van merah dengan logo berlogo tulisan bomba.
  • Van dipandu suspek kelihatan mencurigakan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Batu Melintang, Jeli kira-kira jam 6.30 pagi.
  • Polis mengekori van itu sejauh 10km sebelum mengarahkan suspek berhenti.
  • Pemeriksaan ke atas van menemui 85 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum seberat 850kg dengan anggaran nilai RM8,500.
  • Van didapati palsu, dicat merah dan diubah suai untuk kelihatan seperti van bomba sebenar.
  • Nombor plat digunakan sah, tetapi nombor casis tidak wujud. Nombor enjin van pula ada kaitan laporan lori hilang di Johor pada 2013.
  • Dua suspek itu dipercayai bergerak aktif sejak awal Oktober lalu dan ini ialah trip ketiga menyeludup daun ketum.
  • Kedua-duanya mendapat upah RM3,000 bagi setiap trip penghantaran daun ketum dari Utara tanah air ke Machang (Kelantan).
  • Suspek turut memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Bagaimanapun, ujian urin didapati negatif dadah.
  • Kes disiasat di bawah:
    • Seksyen 30(3) Akta Racun 1952
    • Seksyen 168 dan 171 Kanun Keseksaan
    • Seksyen 108(f) Akta Pengangkutan Jalan 1978
  • Anggota bomba bakal dikenakan tindakan tatatertib jika didapati bersalah.

BACA >>> Lagi Penghantar Ketum Kena Cekup, Sanggup Redah Kedah-Kelantan Demi RM500
BACA >>> Lagi Penyeludup Ketum Ditahan Cuba Rentas Negeri, Dapat Upah RM800
BACA >>> Kena Berhenti Kerja, Drebar Bas Ekspres Terpaksa Sewa Lori Hantar Ketum
BACA >>> Lampu HID Terlalu Terang Punca Kemalangan? Wajarkah Diharamkan?

SUMBER: Sinar Harian | Sinar Harian I | Harian Metro

Related

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bomba Seludup Ketum, JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my