• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Trak MAN TM Cab (2022) yang Lebih Canggih, Selesa Lancar di Malaysia

Trak MAN TM Cab (2022) yang Lebih Canggih, Selesa Lancar di Malaysia

October 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) mengumumkan tawaran trak tugas berat baharu, TM Cab ke pasaran tempatan dengan menaik taraf aspek keselesaan, teknologi dan dimensi.

Sehingga kini, trak MAN TN Cab yang memiliki ketinggian standard menjadi pilihan banyak syarikat logistik dan penghantaran kerana menawarkan pelbagai ciri fleksibel.

Trak Man TM Cab - 10
Trak Man TM Cab - 5

Faktor rekabentuk kompak dan ringan memberi kelebihan kepada trak edaran MAN Malaysia ini untuk pelbagai kegunaan seperti sebagai lori tangki, silo dan pembawa kontena. Boleh juga dijadikan kenderaan pengangkut balak dan bahan binaan berat.

Apa membezakan TM Cab dengan TN Cab adalah dimensi tinggi. TM Cab memiliki ketinggian 2,035mm berbanding TN Cab yang lebih rendah, 1,737mm.

Dimensi MAN TM Cab
Dimensi MAN TM Cab
Dimensi MAN TN Cab
Dimensi MAN TN Cab

Kedua-dua trak memiliki dimensi lebar (2,240mm) dan panjang (2,280mm) sama, termasuk tambahan 280mm untuk ruang kelegaan kepala yang memberikan esktra ruang untuk pemandu berdiri, bergerak atau memunggah simpan barang lebih selesa.

Trak Man TM Cab - 11
Trak Man TM Cab - 13

Ada juga ruang rehat disediakan di belakang kerusi pemandu dan kelindan yang dianggap penting untuk keselesaan  perjalanan jarak jauh.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata;

Sudah hampir setahun kami menerajui perjalanan kemampanan dengan memperkenalkan trak generasi baharu MAN  dengan trenkuasa Euro V sebagai standard di Malaysia, tiada pengeluar lain berani berbuat demikian. Di pentas global, MAN juga terus maju ke hadapan dengan MAN e-Truck elektrik sepenuhnya yang bakal diperkenalkan dua tahun dari sekarang.

"Walaupun kami secara aktif membentuk peralihan kepada mobiliti mampan dan neutral iklim dengan produk teknologi tinggi, kami tetap komited terus berinovasi dan menambah baik produk konvensional untuk memenuhi keperluan ‘dunia sebenar’ industri pengangkutan hari ini."

Mengulas lanjut, beliau berkata, MAN TM Cab menawarkan semua kelebihan seperti MAN TN Cab dengan memenuhi semua keperluan elemen penting dalam rantaian logistik, pemandu.

CIRI KESELAMATAN

Dua trak ini dibekalkan Sistem Bantuan Termaju Pemandu (ADAS) sebagai ciri standard atau pilihan untuk trak generasi baharu MAN, terdiri daripada:

  • Sistem Pengawasan Lorong (LGS)
  • Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS)
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPM)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Program Kestabilan Elektronik (ESP)
  • Bantuan Lampu Tinggi
  • Sistem Pengilap Cermin Automatik
  • Sistem Kamera Sisi (SCS) dan Bantuan Pandangan 360° (Bird View)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Kawalan Peredam Berterusan (CDC) dan MAN BrakeMatic

Maklumat lanjut mengenai trak MAN TM Cab serba baharu boleh layari laman web: www.man.com.my.

BACA >>> Tular Trak Tunda Nak Bawa Lari Kereta Mangsa Banjir?
BACA >>> Malaysia Bakal Miliki Pusat Pengalaman Pemanduan Pertama Asia Tenggara!

Trak Man TM Cab - 4
Trak Man TM Cab - 5
Trak Man TM Cab - 7
Trak Man TM Cab - 10
Trak Man TM Cab - 8
Trak Man TM Cab - 9
Trak Man TM Cab - 0
Trak Man TM Cab - 11
Trak Man TM Cab - 12
Trak Man TM Cab - 13
Trak Man TM Cab - 14
Trak Man TM Cab - 15
Trak Man TM Cab - 16
Trak Man TM Cab - 17

Related

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Andrew O’Brooks, Auto Terkini, MAN Malaysia, MAN TM Cab, MAN TN Cab, MAN Truck & Bus, Roda4, Trak baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev