ADA segelintir penunggang motosikal kurang kesedaran diri terhadap aspek keselamatan jalan raya dengan sengaja melanggar lampu isyarat merah. Klip video di bawah ini adalah antara contoh pengajaran terbaik.
Rakaman kamera pemuka sebuah kereta menunjukkan seorang penunggang motosikal seperti baru tiba di satu persimpangan lampu isyarat yang sedang merah. Bagaimanapun, suspek tidak berhenti, sebaliknya cuba mengimbangi motosikal dan kemudian memulas terotel walaupun lampu isyarat belum hijau.
BACA >>> Padah Langgar Lampu Merah, Rider Grabfood Tercampak Dilanggar Wira
Pada masa sama ada dua motosikal lain sedang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau, dan hanya mampu memerhati gelagat suspek.
Kemudian, entah dari mana tiba-tiba muncul dua anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari kiri jalan dan terus mengejar suspek sambil menyalakan lampu strob.
Di hujung video, penunggang wanita berhelmet biru dilihat ketawa lucu melihat aksi tersebut sambil menutup mulut menggunakan tangan, manakala seorang lagi penunggang dan pembonceng pula hanya fokus melihat adegan tersebut.
Klip video dikongsi dalam laman Facebook DashCam Owners Malaysia dan dipenuhi pelbagai komen netizen.
BACA >>> Ramai Pemandu Suka Langgar Lampu Isyarat Merah di Putrajaya?
BACA >>> Video Penunggang Langgar Lampu Merah Melambung Tinggi Sebelum Jatuh Diam
Leave a Reply