• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Penunggang Langgar Lampu Merah Melambung Tinggi Sebelum Jatuh Diam

Video Penunggang Langgar Lampu Merah Melambung Tinggi Sebelum Jatuh Diam

June 16, 2022 By Farah Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU rakaman kamera pemuka (dashcam) merakamkan detik seorang penunggang motosikal melambung tinggi akibat merempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V di satu persimpangan lampu isyarat dekat Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang, kelmarin.

Dalam klip video itu, penunggang didapati menunggang laju, dan dikatakan melanggar lampu isyarat hingga merempuh HRV putih yang sedang membelok masuk ke simpang kanan.

BACA>>> Video Vios Langgar Lampu Isyarat Sampai Penunggang Tercampak Masuk Longkang

Impak rempuhan tersebut menyebabkan penunggang melambung dan melayang tinggi sebelum terjatuh atas jalan. Nahas itu menimbulkan rasa gerun netizen yang menganggap insiden tersebut seakan adegan lagak ngeri dalam filem aksi.

Masya-Allah terbang macam Superman....cian nya.. semoga mangsa selamat..," kata Cassym Dean.

"Allahuakbar.. tingginya dia terpelanting..🤦‍♀️," kata Hashra Dii.

"Gymnastic balance beam. Nice landing. Juri bagi 10 markah.," kata SB Sham.

"Ini baru real punya aksi stunt.. Wow 😲," kata Naz Nazboy.

Tidak diketahui nasib menimpa mangsa, tetapi melihat impah jatuh, mangsa mungkin cedera teruk. Tambahan lagi, mangsa terbaring diam dan langsung tidak bangun selepas terjatuh. Kita doakan mangsa terselamat dan insaf dengan kecuaian dilakukan.

Diharapkan video ini dapat dikadikan pengajaran kepada semua pengguna supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya.

BACA>>> Majoriti Penghantar Makanan Memang Suka Langgar Lampu Merah!" - Netizen
BACA>>> Pemandu Lalok Dadah Langgar Lampu Merah Punca 4 Beranak Maut

Artikel Berkaitan

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, kemalangan motosikal, Lampu Isyarat, Langgar Lampu Merah, Motosikal langgar lampu isyarat, rider terpelanting tinggi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my