• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motosikal Terbabas, Bapa dan Anak Maut Maut Dilanggar MPV

Motosikal Terbabas, Bapa dan Anak Maut Maut Dilanggar MPV

October 28, 2022 By Farah Leave a Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAJAT seorang bapa mahu menghantar anak ke sekolah tidak kesampaian apabila dua beranak itu maut akibat kemalangan di Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, ketika dalam perjalanan ke sekolah, awal pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 7.15 pagi itu, motosikal dinaiki mangsa terjatuh dan dipercayai dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Kemalangan itu melibatkan bapa, Izham Haniff Ibrahim, 46, dan anak lelakinya, Adeeb Darwish Izham Haniff, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, motosikal dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum terjatuh.

Pada masa sama, datang sebuah MPV yang tidak sempat mengelak dan terlanggar dua beranak tersebut. Akibat impak pelanggaran, dua beranak itu meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Jenazah dua beranak itu dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> Kena Serbu Polis Thailand, 'Usahawan' Nombor Plat Palsu Hilang Hasil RM6k! Sebulan
BACA>>> Tangki Pecah Melimpah Macam Air Terjun, 6 Kereta Pangsapuri Taman Mas Puchong Rosak

SUMBER: BHOnline

Related

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: dua beranak maut kemalangan, kemalangan, kemalangan maut, kemalangan motosikal, Kemalangan Pulau Pinang, motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my