• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 1 Juta Pelancong Malaysia Masuk Thailand, Sumbang Hasil RM3.3 Bilion!

Lebih 1 Juta Pelancong Malaysia Masuk Thailand, Sumbang Hasil RM3.3 Bilion!

October 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SERAMAI 1,041,293 rakyat Malaysia melancong ke Thailand bermula 1 Januari hingga 7 Oktober 2022. Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan trend menunjukkan pelancong Malaysia kini memasuki beberapa wilayah baharu berbanding sebelum ini.

Timbalan Gabenor TAT, Tanes Petsuwan menyatakan pelancong Malaysia secara lazimnya berkunjung dan bercuti di  Songkhla. Bagaimanapun, trend semasa menunjukkan orang Malaysia sudah mula meneroka kawasan lain seperti Krabi, Phatthalung, Phuket, Satun, Chiang Mai dan Chiang Rai.

Thailand menerima pendapatan menerusi aktiviti pelancongan kira-kira 26.6 bilion baht (RM3.32 bilion) dari pelancong Malaysia, menurut laporan Biro Berita Kebangsaan Thailand. TAT mahu meningkatkan jumlah pelancong Malaysia kepada 1.8 juta pelawat menjelang akhir tahun ini.

Angka pelancong Malaysia ke Thailand dijangka bertambah apabila waktu puncak cuti bermula dan ini termasuk cuti sekolah, cuti Hari Deepavali, cuti Hari Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2023.

Bulan lalu, TAT menyatakan pelawat Malaysia ialah kumpulan pelancong terbesar melawat Thailand untuk 2022. Selepas Malaysia, tiga lagi rakyat negara lain melancong ke Thailand ialah India, Laos dan Kemboja.

Jumlah keseluruhan pengunjung asing melawat Thailand ialah lebih lima juta antara 1 Januari hingga 8 September 2022. Thailand mahu capai sasaran 10 juta pengunjung asing menjelang akhir tahun ini.

BACA >>> Mandalika Jadi Destinasi Pelancongan Sukan Terbaharu Indonesia
BACA >>> Melaka Umum Rancangan Bina Laluan Terus Malaysia-Indonesia
BACA >>> Lapangan Terbang Sandakan Siap Dinaik Taraf, Bakal Rancak Sektor Pelancongan

SUMBER: TheThaiger

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Cuti-Cuti Malaysia, Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Pelancong Malaysia ke Thailand 2022, Tanes Petsuwan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev