• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinAuto: Lelaki Bikin Helikopter, Pesawat Udara Macam Bentley Sendiri!

#BikinAuto: Lelaki Bikin Helikopter, Pesawat Udara Macam Bentley Sendiri!

November 1, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG usahawan penerbangan, Kenn Ricci dari Amerika Syarikat (AS) mengambil ilham kereta baharunya, Bentley Mulliner Bacalar sebagai tema kepada bukan satu tetapi dua pesawat miliknya!

Pesawat udara jenis Gulfstream G650 dan helikopter Sikorsky S-76 ala Bacalar itu dijadikan flit kenderaan syarikat penerbangan Flexjet miliknya sendiri.

BACA >>> Bentley Flying Spur Hybrid (2022) Tiba di Malaysia, Boleh Isi RON95, Harga Mula RM945k!
BACA >>> Rolls-Royce Black Badge Ghost Tiba Ke Malaysia, Harga Mula RM1.8j!

Hubungan Ricci sebagai pelanggan tetap Bentley sudah terjalin lebih 10 tahun dan pernah bekerjasama dengan Bentley dalam menghasilkan beberapa unit kereta. Pengalaman itu digunakannya sebaik mungkin dalam projek terbaharu itu.

Bacalar menjadi simbol Bentley Mulliner (foto atas) kembali ke bidang pembuatan kereta khas dengan 12 unit dihasilkan artisan di Crewe, England. Kereta 2-kerusi tanpa bumbung itu hanya berkongsi hendal pintu dengan Bentley Continental GT.

Bentley Mulliner Bacalar dijana enjin 6.0L W12 TSI dengan output kuasa 650hp dan tork 900Nm. Pecutan 0-100kmj hanya mengambil masa 3.5 saat dengan kelajuan maksimum lebih 322kmj. Apa ada pada pesawat Flexjet itu?

  • Pesawat peribadi Gulfstream G650 dan helikopter Sikorsky S-76 milik Flexjet ini dibuat berasaskan spesifikasi unik Bentley Mulliner Bacalar milik Ricci.
  • Sebagai contoh, warna unik Julep pada Bacalar menjadi ilham grafik warna kameleon perak hijau.
  • Rekabentuk kepala tembaga dan sulaman corak bakul pada kerusi kulit warna Linen dan Beluga pada Bacalar menjadi ilham kerusi buatan khas dalam kedua-dua pesawat.
  • Bahagian lain seperti kemasan kayu pada Bacalar turut menjadi ilham, manakala kemasan lain ialah Satin Bacalar Bronze dalam kabin dan karpet corak berlian.

Bentley Mulliner Bacalar milik Ricci kini sedang disiapkan dengan ciri khas seperti warna Julep, rim 22 inci dalam tiga warna dan beberapa ciri lain seperti Satin Bronze dan Satin Carbon pada komponen luaran. Ruang kabin pula menggunakan tema putih-hitam dan kemasan Bacalar Bronze dengan balutan kulit dan Alcantara.

BACA >>> #RetroAuto: Kisah di Sebalik T-Series, Model Bentley Pertama dengan Casis Monokok
BACA >>> Bentley Residences: Pangsapuri Mewah Siap Lif Kereta, Harga Lebih RM18 Juta Seunit!

Related

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bentley, Bentley Bacalar, Bikin Auto, Flexjet, Kenn Ricci, Mulliner Design, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my