BUDAYA modifikasi begitu tinggi di Amerika Syarikat (AS) hingga menjadi industri besar di sana. Bukan saja dilakukan pasukan penala bebas, tetapi juga mendapat sokongan pengeluar kereta itu sendiri.
Antara projek kereta yang hangat di pasaran ialah Acura Integra Coco Zarita, iaitu atlet profesional basikal BMX dari Chile yang pernah meraih beberapa podium dalam pertandingan sukan ekstrem X-Games. Malah, beliau juga seorang pengubah suai kereta dan pelumba drift amatur.
BACA >>> Acura Integra Masuk Perlumbaan Pikes Peak dengan Enjin 1.5L Turbo Standard
Coco Zarita menetap di California Selatan yang modifikasi Integra itu dipengaruhi minatnya terhadap sukan aksi. Menurutnya, projek ini diilhamkan daripada NSX GT dengan penambahan beberapa ciri kereta lumba untuk menghasilkan gaya tersendiri.
Integra itu mendapat sentuhan Autotuned yang berpangkalan di California.
Modifikasi Trenkuasa
- Ekzos A'PEXi.
- Masukan udara sejuk HPS.
- Intercooler GReddy.
- Hos penyejukan HPS.
- Paip pengecas HPS.
- Penutup enjin merah HiRev Sports.
Modifikasi Casis dan Suspensi
- Rim Kansei KNP 18x9.5 dan 18x10.5.
- Tayar Michelin Pilot Sport 4s 245/35/18 dan 265/35/18.
- Absorber RSR Sport-I.
- Strut bar depan prestasi HPS.
- Kit brek Wilwood 6-piston.
Modifikasi Luaran
- Balutan pelekat 3M Gotham Gray.
- Cermin sisi karbon APR GT.
- Difuser depan OEM Acura.
- Lip depan kustom 3 inci Auto Tuned.
- Skirt sisi karbon kustom Auto Tuned.
- Over fender karbon 30 mm custom Auto Tuned.
- Sayap karbon APR GTC.
- Rekaan grafik Andreas Wennevold.
Modifikasi Dalaman
- Kerusi lumba MOMO.
- Braket kerusi PCI.
- Tali keledar 6-poin camlock MOMO.
- Stereng MOMO MOD Drift.
- Lepas cepat (quick release) NRG.
- Hab stereng NRG.
Integra ialah model terbaharu Acura selepas lama tiada pengganti yang dijana enjin 1.5L turbo berkuasa 200hp @ 6,000rpm dan tork 260Nm @ 1,800-5,000rpm. Enjin itu dipadan transmisi automatik CVT atau opsyen tambahan manual 6-kelajuan untuk varian tertinggi, Integra A-Spec dengan Pakej Teknologi.
BACA >>> Acura Integra (2023) Ditawar di AS dengan Opsyen Gear Manual, Harga Mula RM126k
BACA >>> Honda Jepun Tawar 30 Unit NSX Type S, 10 Warna Pilihan, Harga Mula RM1j!
Leave a Reply