JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana parti politik yang melakukan modifikasi kenderaan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, jika terdapat kenderaan didapati tidak menepati spesifikasi seperti ditetapkan Agensi Perkhidmatan Awam Darat sebagai kenderaan komersial, ia boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) iaitu salah guna permit dan melakukan modifikasi kenderaan.
Tidak ada lesen besar untuk mana-mana parti membuat ubah suai kepada kenderaan mereka pada musim PRU ini,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan Op Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, di sini malam ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.
Beliau juga berkata, JPJ menjangka kenaikan aliran trafik menjelang hari pengundian pada 19 November dan menyeru pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.
BACA >>> Netizen Sebak Tengok Adik Kutip Syiling Lepas Kemalangan
BACA >>> JPJ Saman Kenderaan Perdagangan Tiada Lesen Memandu, Insurans, dan Cukai Jalan Mati
SUMBER: Bernama
Leave a Reply