• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR650R (2023) Muncul di Eropah, Fokus Utama Tukar Warna?

Honda CBR650R (2023) Muncul di Eropah, Fokus Utama Tukar Warna?

October 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

500
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mengumumkan penambahbaikan sportbike middleweigth Honda CBR650R (2023) di Eropah dengan sebahagian besar rombakan dibuat membabitkan perubahan visual untuk menampakkan rekabentuk lebih kompak.

Ada dua warna ditawarkan, iaitu Matte Gunpowder Black Metallic (hitam) dan Grand Prix Red (merah). Apa yang pasti, Honda CBR650R (2023) didatangkan dengan kowl enjin hitam, termasuk trenkuasa.

BACA >>> Honda CB650R, CBR650R (2022) Kini Wajah Baharu, Harga Mula RM43k!

23YM HONDA CBR650R
23YM HONDA CBR650R

Varian hitam Honda CBR650R (2023) menerima aksen strip biru atas tangki minyak, fairing sisi dan juga bawah lampu depan. Logo Honda dan paparan jenama pada kowl enjin berwarna putih, manakala monoshock kini berwarna merah.

Versi Grand Prix Red pula menerima paparan jenama Honda berwarna merah pada kowl enjin hitam. Malah logo sayap Honda pada tangki minyak kini bertukar hitam. Fender depan juga hitam, dan tiada lagi jalur putih pada pelekat panel sisi dan tangki minyak. Gegelung monoshock juga merah.

BACA >>> Spesifikasi Honda CB650R, CBR650R (2021) Facelift: Lancar di Malaysia, Harga Mula RM43k

23YM HONDA CBR650R
23YM HONDA CBR650R

Di Eropah, ada tiga pakej aksesori disediakan:

  • Sports Pack -  Ada sistem quick shifter, kowl pelana tunggal, visor angin tinggi jenis smoked dan pad tangki minyak
  • Comfort Pack -  visor angin tinggi jernih dan pemanas grip.
  • Travel Pack - ada beg tangki minyak dan beg pelana belakang.

HONDA CBR650R (2023)

  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap 4-silinder sebaris 649cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 94hp @ 12,000rpm dan 64Nm @ 9,500rpm. Kotak gear klac manual 6-kelajuan.
  • Sistem suspensi depan fork terbalik (USD) 41mm Showa Big Piston Separate Function Fork (SFF-BP). Sistem monoshock boleh laras 10-tetapan.
  • Sistem brek cakera kembar 310mm di depan, dan cakera tunggal 240mm untuk roda belakang.
  • Dimensi panjang 2,120mm, lebar 750mm, dan tinggi 1,150mm. Jarak roda 1,450mm dan tinggi pelana 810mm. Berat 208kg.
  • Kapasiti tangki minyak 15.4 liter. Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), 180/55ZR (belakang).

BACA >>> Honda Buka Tempahan Sportbike Bateri Replika Honda CBR, Harga Mula RM965
BACA >>> Honda Jepun Tayang Dua Varian CBR250RR (2023) Serba Baharu di Litar Motegi
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Honda CBR150R, Mana Paling Memikat, Berbaloi?

23YM HONDA CBR650R
23YM HONDA CBR650R
23YM HONDA CBR650R
23YM HONDA CBR650R
23YM HONDA CBR650R
23YM HONDA CBR650R

Related

500
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, Honda CBR650R, Honda Europe, Motosikal Sport Honda, roda2, Sportbike 650cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev