• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda City Jadi Sedan Paling Laris Indonesia Setakat September 2022

Honda City Jadi Sedan Paling Laris Indonesia Setakat September 2022

October 25, 2022 By Han Othman Leave a Comment

405
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN mencatatkan penurunan jualan dan bukan lagi menjadi segmen kenderaan terlaris di Indonesia, pasaran sedan di republik itu masih memiliki kelompok peminat tersendiri.

Di bawah ini kami senaraikan model sedan terlaris di Indonesia setakat September 2022:

1. Honda City (537 Unit)

Honda City meraih angka jualan paling laris, iaitu sebanyak 537 unit sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini. Malah tiada model sedan lain yang mampu mencapai angka 300 unit. Honda City didatangkan dalam satu varian sahaja dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC pada harga Rp365,400,000 (RM110,650).

2. MG 5 GT (203 unit)

MG 5 GT didatangkan dalam trenkuasa petrol 1.5L dengan transmisi automatik 1.5L dalam rekabentuk moden dan cukup bergaya yang dijual pada harga Rp339,900,000 (RM102,990).

3. Mazda2 Sedan (199 unit)

Model ini masih berstatus baharu kerana belum sampai enam bulan di pasaran. Jadi ada kemungkinan Mazda2 Sedan mampu menyaingi MG 5 GT sebagai sedan kedua paling laris di Indonesia. Mazda2 Sedan juga didatangkan  dalam satu varian dengan enjin SkyActiv-G 1.5L DOHC pada harga Rp33,8800,000 (RM102,600).

BACA >>> Indonesia Lancar Mazda2 Sedan, Harga RM101k

4. Toyota Vios (153 unit)

Angka jualan disebut dianggap terendah dalam model jenama Toyota memiliki peminat terbesar di negara jiran itu. Namun di sebalik jualan rendah itu adalah rancangan Toyota mengurangkan unit jualan sejak awal tahun ini dalam usaha menyambut kehadiran Toyota Vios (2022) serba baharu yang baru saja dilancarkan minggu lalu.

Ini secara tidak langsung mempengaruhi angka jualan, dan tidak mustahil Toyota Vios mampu menyaingi jualan Honda City beberapa bulan lagi.

Toyota Vios (2022) serba baharu ditawarkan dalam tiga varian pada harga bermula Rp314,900,000 (RM95,990) untuk varian manual hingga Rp368,400,000 (RM112,290) untuk varian automatik CVT dengan teknologi keselamatan pemandu Toyota Safety Sense (TSS).

BACA >>> Toyota Vios (2022) Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM95.9k!

SUMBER: AutonetMagz

Related

405
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda City, Jualan Sedan Indonesia, Mazda2 Sedan, MG 5 GT, Roda4, Sedan Indonesia, Toyota Vios

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev