ANDA ada saman, atau terma sebetulnya kompaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? Jika ya, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk membayar kompaun DBKL pada harga serendah RM10. Berkuatkuasa hingga 28 Februari depan, DBKL menawarkan diskaun saman bagi kesalahan trafik yang dilakukan bermula 2007 hingga sekarang.
Jika anda ada melakukan kesalahan trafik bermula 2007 hingga 2011, anda hanya perlu bayar RM10 bagi setiap saman. Bagi saman trafik 2012 hingga 2014 pula, anda perlu bayar RM20, manakala kompaun bermula 2015 hingga kini, pesalah trafik perlu bayar sebanyak RM30 sahaja.
Apa tunggu lagi, pastikan anda sudah membayar saman DBKL bagi mengelakkan tindakan saman mahkamah!
Mahu menyemak saman DBKL sila rujuk di SINI.
Syahrul nizam says
Kalau saya nak bayar kompaun ni esok bagai mana boleh ke sebab saya baru saja kena semalam. Mintak tolong jasa baik. Trimas..
AO says
Nak diskaun kena jumpa pegawai kompaun kat HQ DBKL
Umarul Ahmad says
Saya baru kena.. so boleh mintak discount lagi ke x nih..?
Kalau tak bayar ada tindakkan masuk jel ke..?
ABG GYL says
Diskaun tetap ada. Boleh pergi ke DBKL untuk pembayaran.
Parama says
Kereta saya ini digunakan oleh anak saya semasa dia belajar di International Medical University (IMU) Bukit Jalil. Dia sekarang melanjutkan pelajaran di luar negara. Saya baru semak rekod dan dapati 2 saman trafik (letak kereta di luar universiti - Keadah 12(4))(bulan Mei 2015 (RM 300) dan Mei 2016 (RM 150) yang masih belum dibayar. Ada dua lagi saman untuk kesalahan yang sama yang telah pun dibayar.
Bolehkah saya mendapat diskaun untuk kedua-dua saman yang belum dibayar?
ABG GYL says
Boleh. Tuan boleh pergi ke DBKL untuk membuat rayuan
Nadzif says
Saya baru dapat surat saman yg dihantar di rumah,ada lebih 20 saman parking dbkl..boleh sy dapat diskaun untuk selesaikan saman ini..berapa sy perlu bayar utk 1 saman(anggaran)?
ABG GYL says
Boleh cuba minta rayuan di DBKL. Kebiasaannya boleh dapat RM30 per saman
syaza says
Kalau saman DBKL yang tindakan aduan mahkamah boleh dapat diskaun lg x?
mohd shakir says
saya dpt 1 kompaun pada tahun 2016 dan sekarang status tindakan aduan mahkamah.masih boleh ke nak buat rayuan kat dbkl dan selalunya dri kompaun maksimum 300 tu boleh kurang sampai berapa?
ABG GYL says
Boleh cuba minta rayuan kepada RM50 dengan ke DBKL
Farah says
Saya ada 21 saman untuk tahun 2016 dan boleh ke sy dapat diskaun untuk saman..ape je sy perlu bawa untuk buat rayuan ye..
Aciddayah says
Tuan, saya baru terima surat 3 saman dr dbkl. Kereta ini sy sewakan kpd kwn sy. Total saman 300 jika kurang 15 hari. Masalah nya sy berada di pasir gudang, johor. Bagaimana utk sy bt rayuan? Brp yg perlu sy byr utk ketiga tiga saman tu?.
ABG GYL says
Boleh minta kawan-kawan di KL bayarkan. Kebiasaannya akan dapat diskaun dan bayar RM50 bagi sekeping saman.
Ariel says
Sy dh 89 saman DBKL...dri 2014 smpi 2018 tk bayar2 lagi.....so ade effect kew hahahaha...tapi sy renew lesen and roadtax ok jew....x pernah sangkut
Nunu says
Serious ke tuan? Sy bg org smbung byr moto sy.. Then sy check saman ad 60 kompaun kesalahan menghalang lalu lintas. Now roadtax sy mati. Bole hidupkan ke? Org nye pon dh kemana.. Hmm