• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penghantar Makanan Jadi Mangsa Maut Pertama di Lebuhraya DASH

Penghantar Makanan Jadi Mangsa Maut Pertama di Lebuhraya DASH

October 21, 2022 By Aryon Leave a Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEBUHRAYA Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka pada Jumaat lalu mencatat kemalangan maut pertama melibatkan seorang penghantar makanan apabila motosikal ditunggangnya terbabas hingga terlanggar pengadang jalan di lebuh raya itu, tengah malam semalam.

Polis menerima laporan insiden di KM15.7 dari arah Penchala ke Denai Alam itu pada jam 12.05 tengah malam.

Mangsa ialah Muhammd Ilham Azhar, 24, yang menunggang motosikal kapai jenis SYM VF3i dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian serta dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Siasatan lanjut mengenai kejadian masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-737 8704 untuk membantu siasatan.

Lebuhraya DASH sepanjang 20.1km memiliki 13 persimpangan keluar masuk dan dibuka pada 12.01 tengah malam, Jumaat lalu (14 Oktober). DASH menghubungkan tiga lebuh raya utama, iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

BACA >>> Lebuhraya DASH Buka Kepada Orang Ramai Esok, Percuma Sampai 30 November 2022
BACA >>> #TahukahAnda: 30 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Lebuhraya DASH

SUMBER: Bernama

Related

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kemalangan Lebuhraya DASH Pertama, kemalangan maut, kemalangan motosikal, Lebuh Raya, Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah-Alam (DASH)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my