• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tengku Zafrul 'Tubuh' Gang Motor TZA, Ajak Mat Motor Buat Kerja Amal

Tengku Zafrul 'Tubuh' Gang Motor TZA, Ajak Mat Motor Buat Kerja Amal

October 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SENATOR Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi pendapatnya mengenai penunggang motosikal yang gemar berkumpul beramai-ramai.

Malah mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB itu mengetepikan stereotaip atau sikap prejudis terhadap mat motor. Beliau dalam perkongsian di Facebook berkata;

Sesetengah orang, bila tengok geng motor berkumpul, terus cop diorang ni mat rempit, kaki lumba haram. Tak betul tu. Tak semua mat motor ni mat rempit atau lumba haram.

"Kalau kita mendekati mereka, sebenarnya mereka ni mempunyai semangat persahabatan atau ‘bonding’ yang sangat kuat antara mereka."

Perkongsian itu dibuat selepas Tengku Zafrul bertemu beberapa 'geng' motor melalui program tukar minyak hitam percuma, membabitkan kira-kiar 1,300 penunggang motosikal.

TUBUH GENG MOTOR SENDIRI

Zafrul menjelaskan;

Niat saya awalnya nak menghargai dan menyantuni golongan belia, tetapi bila kerap buat program dengan diorang ni, dah kenal hati budi, timbul idea untuk buat kerja amal bersama mereka.

"Jadi kita wujudkan Gang Motor TZA. Setakat ni Gang Motor TZA dah mulakan aktiviti untuk edar bakul makanan kepada golongan asnaf di sekitar Kuala Selangor. Insya-Allah kita akan kembangkan lagi kerja amal di bawah Gang Motor TZA.

"You all berminat nak join Gang Motor TZA tak?"

Related

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz, Gang Motor TZA, mat motor, PRU15, Tengku Zafrul Aziz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev