BMW Malaysia akan membuka tempahan awal model BMW XM bermula 20 Oktober 2022 (esok) dengan anggara harga permulaan serendah RM1.4 juta untuk Semenanjung Malaysia atau RM820,000 di Pulau Langkawi.
Model M itu didatangkan bersama waranti lanjutan 5-tahun dengan pakaj servis. Kereta itu adalah model siri M pertama menggunakan sistem pemanduan M HYBRID.
BACA >>> Pemilik BMW Boleh Main Games Guna Skrin Infotainment Semudah Imbas Kod QR
BMW Malaysia menyatakan pilihan warna badan disediakan ialah Cape York Green Metallic (hijau), Carbon Black (hitam), Marina Bay Blue (biru), Toronto Red (merah), Mineral White (putih), Black Sapphire (hitam) dan Dravite Grey (kelabu).
Ruang dalaman pula merangkumi material kulit Merino dengan pilihan warna Deep Lagoon, Silverstone, Black dan Sakhir Orange.
Model plug-in hybrid (PHEV) itu dipasang enjin petrol 4.4 liter dwi-turbo V8 untuk menghasilkan kuasa 489hp dan tork 650Nm. Output terkumpul dengan bantuan motor elektrik pula menganjak kuasa kepada 653hp dan 800Nm.
Sistem transmisi pula automatik 8-kelajuan Steptronic Sport dan membolehkan XM mencapai kelajuan 100kmj dalam masa 4.3 saat serta kelajuan maksimum 250kmj. Jika dipasang pakej M Driver, kelajuan boleh sampai 270kmj.
Mode pemanduan EV pula dihadkan pada kelajuan 140kmj. Bateri litium ion XM berkapasiti 25.7kWh menawarkan jarak sehingga 88km. Masa mengecas bateri hingga 100 peratus cuma 4 jam 15 minit.
Sistem pacuan semua roda XM menawarkan pilihan mode standard 4WD, 4WD Sport dan 4WD Sand. Rim pula sebesar 23 inci dengan profil tayar 275/45 (depan), 315/40 (belakang).
BACA >>> BMW R 1250 GS Spirit Of GS Edition, Model Spesial untuk Perancis, Harga RM126k!
SISTEM BANTUAN PEMANDU
Driving Assistant Professional menawarkan ciri seperti:
- Kawalan Jarak Automatik
- Bantuan Had Laju
- Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong
- Bantuan Tukar Lorong
- Bantuan Kekal Lorong
- Amaran Tukar Lorong
- Amaran Trafik Lintasan Depan/Belakang
- Pencegahan Rempuhan Belakang
- Amaran Keluar (ketika buka pintu)
- Bantuan Henti Kecemasan
- Bantuan Mengelak
- Bantuan Koridor Kecemasan
- Amaran Keutamaan
Bantuan Parkir Tambahan pula merangkumi beberapa fungsi lain termasuk:
- Bantuan Kamera Undur
- Bantuan Parkir Lateral
- Bantuan Parkir
- Kawalan Jarak Parkir Aktif
- Bantuan Mengundur
- Pandangan Parkir
- Sistem Pandangan Keliling
- Pandangan 3D Kawalan Jauh
- Perakam Pemanduan dan Anti-Kecurian
Leave a Reply