• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Kit Supercas BBR Mazda MX-5 Ini Mampu Ledakkan Kuasa Hingga 250hp, Harga RM25k!

Kit Supercas BBR Mazda MX-5 Ini Mampu Ledakkan Kuasa Hingga 250hp, Harga RM25k!

October 19, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALI pertama melihat kit BBR untuk Mazda MX-5 ini mengingatkan penulis kepada personaliti automotif Abang Japar yang baru saja memiliki MX-5 yang diidamkannya sejak sekian lama.

MX-5 bukan kereta prestasi tinggi, tetapi dibuat untuk individu yang sukakan pemanduan yang boleh memberikan senyuman puas ketika memandu.

BACA >>> Bermaz Auto Perkenal Varian Baharu Mazda CX-3 dengan Enjin 1.5L, 2.0L, Harga Mula RM107k
BACA >>> Pencuri Mazda6 Pandu Turun Tangga, Tapi Sangkut Rel Tangan

Kereta ini asalnya diilhamkan Lotus Elan dan dianggap usaha yang berjaya apabila jualan MX-5 sudah melebihi sejuta unit merentasi empat generasi sejak diperkenalkan pada 1989.

Bagi pemandu yang mahukan lebih kuasa, pakar tuner Mazda memperkenalkan dua pakej talaan supercas (supercharger) untuk MX-5 2.0L ND (model 2015-2019) dengan kuasa hingga 250hp!

BBR berpengalaman berdekad lama dalam menala MX-5, dan beroperasi di Brackley, Britain, berhampiran ibu pejabat pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG. BBR menggunakan unit supercas Rotrex C30-94 dengan pakej Stage 1 dan Stage 2 direka supaya penampilannya nampak ala model tulen (OEM) untuk enjin 1998cc SkyActiv-G.

Namun, enjin tetap nampak diusik apabila bonet dibuka dengan pelbagai komponen BBR termasuk rongga ekzos. Kuasa dihasilkan setinggi 225hp dan tork 271Nm @ 3,750-5,750rpm. Ujian prestasi awal dengan naik taraf pengecas lampau Stage 1 menunjukkan pecutan 0-100kmj yang signifikan daripada 7.3 saat kepada 5.3 saat!

Kit BBR Stage 1 terdiri daripada komponen BBR seperti intercooler, tangki simpanan minyak, penapis udara K&N, kalibrasi perisian BBR Starchip EcuTek dan sebagainya. Kit Stage 2 pula lebih komprehensif yang menumpukan aliran (flow) dan bukaan tekanan galak (boost pressure).

Kit tersebut terdiri daripada set ekzos seperti manifold 4-1 dan paip besi tahan karat 2.5 inci yang membolehkan gas dari enjin SkyActiv-G dilepaskan tanpa banyak halangan. BBR juga menawarkan intercooler Forge Motorsport spesifikasi lumba supaya suhu masukan kekal optimum walaupun dalam situasi ekstrem.

Pakej itu menghamburkan kuasa 250hp dan tork 298Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 5.1 saat.

Kit ubah suai termasuk pemasangan BBR Tahap 1 ditawarkan pada harga £4,795 (RM25,670), manakala Tahap 2 pula berharga £6495 (RM34,770) dan didatangkan bersama waranti 12 bulan.

BACA >>> Mazda CX-60 (2022) Lancar di UK dengan Pacuan Roda Belakang, Harga Mula RM241k
BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan 'Corner'!

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: Abang Japar, aksesori, BBR, Kit Supercas, Kit Supercas BBR, mazda, Mazda MX-5, Mazda MX-5 ND, Roda4, Supercas, supercharger

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my