• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Masih Ingat TVR? Kereta Sport Liar TVR Sagaris (2005) Ini Mahu Dijual RM374k!

Masih Ingat TVR? Kereta Sport Liar TVR Sagaris (2005) Ini Mahu Dijual RM374k!

October 19, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda pengeluar kereta sport TVR dari Britain pernah membuka kilang di Pelabuhan Klang?

Kilang tersebut mengeluarkan model sport TVR Chimaera pada Mac 1996 dan barisan model pertama dieksport ke Eropah dan Australia adalah selang lima bulan kemudian.

BACA >>> SUV Subkompak Yaris Cross GR Sport (2023) untuk Eropah dengan Enjin Hibrid 3-Silinder 1.5L
BACA >>> McLaren Buka Tempahan Supercar 765LT Spider Edisi Terhad, Harga Mula RM1.8j!

Pada April 2007, Chimaera dengan enjin 4.0L V8 dilancarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pasaran tempatan yang dijual pada harga bermula RM238,000. Era tersebut memang hebat dengan Proton membeli Lotus, manakala TVR dan Bufori membuka kilang di negara kita, serta Modenas KR3 bersaing di pentas dunia.

Rekod TVR dan Chimaera diteruskan di tanah air apabila jentera dengan nadi 5.0L V8 dipandu Admi Shahrul Ahmad Saffian dalam perlumbaan enduran Merdeka Milenium (MME) 2000 dan menang perlumbaan edisi 2001.

BACA >>> Pasukan Leona Chin Ungguli Carta Pertama Lumba Enduran Sepang 1000KM (S1K)

TVR Sagaris Hilton and Moss.11
TVR Sagaris Hilton and Moss.09

TVR sudahpun bertukar tangan yang kini dimiliki sepasukan ahli perniagaan Britain dan kerajaan Wales. Pengeluar itu sekarang tampil dengan model baharu, Griffith 5.0L V8. Selain Chimaera, TVR turut memperkenalkan beberapa model lain seperti Sagaris yang dikeluarkan pada 2005 dengan enjin 4.0L berkuasa 406hp dan tork 473 Nm.

Di Britain, sebuah Sagaris (2005) dalam kondisi sangat baik dijual Hilton & Moss yang pernah digunakan sebagai kereta media untuk TVR Cars dan tampil dalam pelbagai penerbitan. Sagaris (2015) menerima pujian daripada majalah Evo dan Autocar , termasuk personaliti permotoran Jeremny Clarkson turut menguji model itu dalam episod BBC Top Gear (2005).

Sagaris (2005) direka sebagai jentera litar, tetapi masih sah digunakan atas jalan raya biasa. Melihat rekabentuknya sahaja sudah dapat membayangkan cirinya sebagai kereta sport buas.

Berikut ciri ringkas Sagaris (2005):

TVR Sagaris Hilton and Moss.12
TVR Sagaris Hilton and Moss.13
  • Dipamerkan buat kali pertama pada MPH03 Autoshow 2003.
  • Prototaip susulan dipamerkan di Pameran Motor British (BMS) 2004.
  • Dikeluarkan pada 2005 sebanyak 200 unit sahaja.
  • Sayap belakang Perspex jenis lutsinar dengan spliter di depan.
  • Ada dua paip ekzos krom direka keluar dari sisi tayar belakang.
  • Enjin 6-silinder sebaris 4.0L dengan transmisi manual 5-kelajuan, dan sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Dilengkapi kerangka keselamatan.
  • Berat kerb hanya 1,078 kg.

Sagaris (2005) berwarna Chameleon Orange (jingga) dimiliki TVR hingga Januari 2006 dengan jarak pemanduan terkini cuma 71,293km, manakala rekod servis menunjukkan ia diselenggara baik STR8SIX yang juga pakar TVR.

Unit ini turut diperiksa Hilton & Moss yang juga pakar TVR dengan menukar komponen klac baharu. Harga ditawarkan untuk unit cantik dan glamor ini ialah £69,995 (RM374,650).

BACA >>> Nissan Z Proto - Kereta Sport Bayangan Masa Depan Ilham Warisan Sejarah Lampau
BACA >>> Pemilik Kereta Sport Saman Jiran RM12.7k Sebab Biarkan Kucing Panjat Bumbung

TVR Sagaris Hilton and Moss.01
TVR Sagaris Hilton and Moss.02
TVR Sagaris Hilton and Moss.03
TVR Sagaris Hilton and Moss.04
TVR Sagaris Hilton and Moss.05
TVR Sagaris Hilton and Moss.06
TVR Sagaris Hilton and Moss.07
TVR Sagaris Hilton and Moss.08
TVR Sagaris Hilton and Moss.09
TVR Sagaris Hilton and Moss.10
TVR Sagaris Hilton and Moss.11
TVR Sagaris Hilton and Moss.12
TVR Sagaris Hilton and Moss.13
TVR Sagaris Hilton and Moss.14

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta Sport, Roda4, TVR, TVR Chimaera, TVR Sagaris, TVR Sagaris (2005)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev